Johor Bahru, 17 Mac 2014 – Satu majlis perpisahan telah diadakan khusus untuk Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi yang akan berpindah. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral (JUSA C) di Ipoh, Perak.
Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah JMG Johor Ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor,
Johor Bahru, 18 Mac 2014 - Satu lawatan kunjungan hormat telah dibuat oleh Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Johor kepada Y.B Dato' Haji Obet bin Tawil, Setiausaha Kerajaan Johor di pejabat beliau di Kota Iskandar, Nusajaya, Johor.
Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah JMG Johor Ke Istana Johor
Johor Bahru, 20 Mac 2014 - Satu lawatan kunjungan hormat telah dibuat oleh Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Johor untuk bertemu dengan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi.
PROGRAM PIN ke Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah anjuran KSKPPM
4 Mac 2014 - Seramai tiga puluh lima (35) ahli-ahli Kelab Sukan & Kebajikan (KSK), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan lawatan ke Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah atau dikenali dengan nama Pondok Pakteh pada 4 Mac 2014 sebagai salah satu program Pelan Integriti Nasional (PIN). Tujuan lawatan adalah untuk member peluang kepada ahli-ahli Kelab KSK PPM melihat sendiri tentang perjalanan pengajian dan juga kehidupan para pelajar di Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah.
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI PPM
2 Dis 2013 – 27 Feb 2014 - Seksyen Teknologi Pemprosesan Mineral, Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh telah menerima kehadiran seorang pelajar latihan industri dari University of Queensland, Australia. Beliau ialah En Nazrin Ajjar bin Abdullah iaitu pelajar Ijazah Kejuruteraan Kimia Tahun 3, yang telah menjalani latihan industri di PPM dari 2 Disember 2013 hingga 27 Februari 2014. Semasa di PPM, beliau telah didedahkan kepada teknik-teknik pemprosesan mineral, analisis mineral dan juga terlibat sama di dalam kajian feldspar iaitu menjalankan ujian pengapungan buih (Froth Flotation) keatas sampel feldspar dari Ceramic Material Supply Sdn. Bhd, Kapar, Selangor.
BELASUNGKAWA Pn. Siti Fatimah Binti Othman
Pada 26 Mac 2014, telah kembalinya Pn. Siti Fatimah Binti Othman ke rahmatullah Pada pukul 10.15 pagi. Beliau merupakan Penolong Pegawai Perpustakaan. Beliau merupakan seorang pekerja yang berdedikasi dan ahli PUSPANITA yang sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh PUSPANITA JMG.
BIODATA ALLAHYARHAM PUAN SITI FATIMAH BINTI OTHMAN
DILAHIRKAN PADA 6 DISEMBER 1957
BERASAL DARI KELANTAN
MULA BERKHIDMAT PADA 5 DISEMBER 1977 DI JABATAN MUZIUM SEBAGAI PEMBANTU PERPUSTAKAAN
PADA 18 JUN 1984 BELIAU DITUKARKAN KE JABATAN PERDANA MENTERI DAN BERTUGAS DI UNIT PENYELARASAN
PADA 1 JANUARI 1988 BELIAU DITUKARKAN KE UNIT PENTADBIRAN KEWANGAN JUGA DI JABATAN PERDANA MENTERI
BERTUKAR KE ARKIB NEGARA PADA 1 SEPTEMBER 1991
DITUKARKAN KE PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA PADA 1 OKTOBER 1998 KE UNIT BAHAGIAN GERAKAN MEMBACA
PADA 3 OGOS 1998 BELIAU DINAIKKAN PANGKAT SEBAGAI PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S26
DINAIKKAN PANGKAT KE PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN GRED S27 PADA 29 MEI 2003 DAN DITUKARKAN KE BAHAGIAN KHIDMAT TEKNIK JUGA DI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
PADA 16 DISEMBER 2010 BELIAU BERTUKAR KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA DAN BERTUGAS DI UNIT PENYUNTINGAN DAN PERPUSTAKAAN SEHINGGA 1 MAC 2014
KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 26 MAC 2014.
Mines And Money Hong Kong 2014 Conference pada 24-28 Mac 2014 di Hong Kong Convention & Exhibition Centre
Hong Kong,China 24 MARCH 2014 - Pengarah JMG Malaysia, Perak dan Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari telah menyertai Persidangan Mines and Money Hong Kong 2014 yang telah berlansung daripada 24 hingga 28 Mac 2014 di Hong Kong Convention & Exhibition Centre.
Pengarah JMG Perak melawat tapak pameran di Hong Kong Convention & Exhibition Centre
Pengarah JMG Perak menghadiri persidangan di Hong Kong Convention & Exhibition Centre
Majlis Persaraan Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak
MERU,IPOH 03 APRIL 2014 - Majlis persaraan untuk 4 kakitangan JMG Malaysia, Perak telah diadakan pada 03.04.2014 di Hotel Casuarina, Meru. Kakitangan tersebut ialah :
a. Puan Zabedah Manaf (3.1.2014)
b. Encik. Zulkifli Ahmad (8.5.2014)
c. Encik. Zainudin Ahmad (22.5.2014)
d. Puan. Siti Salbiah Suraji (14.8.2014)
Pengarah JMG Malaysia, Perak telah menyampaikan ucapan penghargaan ke atas jasa kakitangan tersebut. Pesara dan bakal pesara juga diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata sempena persaraan mereka. Seterusnya acara penyampaian cenderahati kepada pesara dan bakal pesara telah disempurnakan oleh Pengarah JMG Malaysia, Perak. Selesai majlis tersebut, semua kakitangan dijamu dengan makan tengahari.
Jemputan yang hadir
Ucapan dari bakal pesara
Penyampaian cenderahati kepada bakal pesara
Sesi bergambar pihak pengurusan dengan bakal pesara
Lawatan Menteri Besar ke Kuari
SIMPANG PULAI,IPOH 20 MARCH 2014 - Y. A. B. Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir telah membuat lawatan ke kuari Imerys Minerals SB dan Zon Pengkuarian Simpang Pulai pada 20.03.2014 (Khamis) jam 10.00 pagi. Lawatan turut disertai oleh pihak JMG, PTG dan MB Inc.Lawatan ke kuari bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada kerajaan Negeri Perak tentang operasi pengkuarian di negeri Perak.
Pengurus kuari Imerys memberi penerangan tentang operasi kuari kepada Menteri Besar Perak
Pengarah JMG Perak memberi penerangan teknikal mengenai batuan kepada Menteri Besar Perak
Pemandangan dari jauh kuari Imerys
Pengarah JMG Perak makan tengahari bersama Menteri Besar Perak
Majlis Pelancaran Kajian Air Panas Ulu Slim, Perak
SG.KLAH,TANJONG MALIM 28 FEBRUARI 2014 - Majlis pelancaran telah diadakan pada 28hb Februari 2014 di Felda Residence Hotspring, Sg. Klah, Perak dan telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Yunus Abd. Razak, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Tujuan majlis diadakan ialah untuk mewar-warkan kepada Kerajaan Negeri, pihak berkuasa terlibat dan masyarakat setempat pelaksanaan kajian air panas di Ulu Slim, Perak.
Pendaftaran oleh jemputan
Majlis perasmian telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Kamaludin b. Hassan selaku Pengerusi Projek dan diikuti ucapan perasmian oleh Ybhg. Dato’ Yunus b. Abd. Razak (Ketua Pengarah JMG Malaysia). Persembahan montaj sebagai gimik perasmian telah menandakan rasminya majlis. Di akhir majlis, tetamu jemputan telah dibawa melawat ke pameran poster berkaitan kajian.
Ucapan perasmian oleh Dato' Ketua Pengarah
Persembahan montaj pelancaran kajian air panas
Sesi melawat poster berkenaan kaijan yang akan dijalankan