Johor Bahru, 18 Mac 2014 - Satu lawatan kunjungan hormat telah dibuat oleh Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Johor kepada Y.B Dato' Haji Obet bin Tawil, Setiausaha Kerajaan Johor di pejabat beliau di Kota Iskandar, Nusajaya, Johor.
Tujuan utama kunjungan hormat diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan di samping bertukar-tukar pandangan sebelum Tuan Haji Dato Haji Obet Tawil mengakhiri perkhidmatannya selaku Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada 8 April 2014, manakala Tuan Haji Shahar Effendi pula akan berpindah ke Ipoh sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral.