NAM S&T Centre-DST Training Fellowship on Minerals Processing and Beneficiation

NAM S&T Centre-DST Training Fellowship on Minerals Processing and Beneficiation

12 Januari 2015 hingga 6 Mac 2015 - En Mohd Idham Mustaffar telah menghadiri latihan yang bertajuk ‘NAM S&T Centre-DST Training Fellowship on Minerals Processing and Beneficiation’. Latihan ini telah diadakan di MINTEK, Johannnesburg, Afrika Selatan dan dianjurkan oleh NAM Science & Technology Centre dan Department of Science and Technology Afika Selatan. Latihan ini dihadiri seramai 14 orang peserta daripada pelbagai negara seperti India, Burkina Faso, Nigeria, Sudan, Ghana, Syria, Eritrea, Malaysia dan Afrika Selatan sendiri. Objektif latihan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai pemprosesan dan benefisiasi mineral dan mendedahkan kepada para peserta ini mengenai prinsip-prinsip asas dan perkembangan yang berkaitan dalam bidang ini supaya mereka dapat menggunakan teknik yang moden dan terkini ini dan memahami kesan-kesannya terhadap alam sekitar.

Baca selanjutnya

Karom Terbuka MAKSAK Perak

Karom Terbuka MAKSAK Perak

Pada tanggal 28 Mac 2015, satu pertandingan karom terbuka anjuran MAKSAK Perak telah diadakan di Stadium Perak. Pertandingan berlangsung di dalam bilk media di bangunan utama stadium tersebut. Matlamat utama pertandingan tersebut adalah mendapatkan lapisan pelapis untuk mewakili pasukan karom Perak ke Pertandingan Karom MAKSAK 2015 yang bakal berlangsung di Sabah.

Baca selanjutnya

Pertandingan Dart Perseorangan Lelaki dan Wanita MAKSAK Negeri Sembilan 2015

7 & 8 Mac 2015  :   Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka ( JMG NSM)  dilantik menjadi Urusetia bagi pertandingan Dart perseorangan lelaki dan wanita bertempat di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad (RTM) yang berlangsung selama dua hari.

Pertandingan tersebut dirasmikan oleh Pengarah JMG NSM, Tuan Zulkipli Bin Che Kasim. Tujuan diadakan untuk memilih wakil Dart MAKSAK Negeri Sembilan yang akan diadakan di Kedah pada bulan Mei nanti. Tahniah diucapkan kepada anggota-anggota JMG NSM yang telah terpilih mewakili MAKSAK Negeri Sembilan iaitu En. Saiful Azwan Bin Kassim, En.Azmiran Bin  Amran, En. Zulkifly Bin Ahmad dan Pn. Nazalina Binti Khamis.

Baca selanjutnya