Lawatan Sambil Belajar ke MSC Butterworth

Satu lawatan sambil belajar ke MSC Butterworth telah diadakan oleh kakitangan JMG Malaysia Perak pada 22 hb April 2015. Seramai 29 kakitangan telah menyertai lawatan tersebut. Tn. Pengarah juga telah turut serta dalam lawatan tersebut. Objektif lawatan diadakan adalah sebagai susulan kepada lawatan ke Lombong Rahman Hydraulik. Lawatan ke Lombong Rahman Hydraulik yang telah diadakan sebelum ini adalah bagi melihat sendiri kerja-kerja mengekstrak bijih dari bumi manakala di MSC pula adalah tempat bijih tersebut diproses menjadi jongkong timah.

Baca selanjutnya

PERTANDINGAN SUKAN TIGA PENJURU

04 April 2015, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka telah menyertai pertandingan sukan tiga penjuru bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Ibu Pejabat dan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor .

Sukan tersebut berlangsung di Selangor dan sukan yang dipertandingkan adalah badminton, boling, dart, karom dan ping pong. Juara keseluruhan adalah seri bagi ketiga-tiga jabatan.

Baca selanjutnya

MESYUARAT PELAKSANAAN PENGURUSAN STATISTIK MINERAL DAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN LAWATAN INDUSTRI DI NEGERI TERENGGANU

MESYUARAT PELAKSANAAN PENGURUSAN STATISTIK MINERAL DAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN LAWATAN INDUSTRI DI NEGERI TERENGGANU

Sempena lawatan industri oleh Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat di Negeri Terengganu, satu mesyuarat telah diadakan pada 24 Mac 2015 di Bilik Kasiterit, JMG Terengganu. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan kemajuan pelaksanaan pengumpulan data statistik mineral, verifikasi data, penyediaan laporan dan hal-hal lain yang berkaitan. Mesyuarat ini juga, adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan baru Cawangan Ekonomi Mineral.

Pada 25 dan 26 Mac 2015, Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat dengan diiringi JMG Terengganu telah membuat satu Lawatan Industri di sekitar Kemaman dan Dungun Terengganu. Antara tempat yang dilawati adalah seperti berikut:

  • Eastern Steel Sdn. Bhd.
  • Unichamp Sdn. Bhd
  • Tioxide (Malaysia) Sdn. Bhd
  • Treasure Mining (Lombong Besi) Sdn. Bhd
 
 
 

TAKLIMAT PENEMUAN FOSIL DINOSAUR DAN TUMBUHAN DI NEGERI TERENGGANU

3

Satu taklimat telah diadakan di Bilik Kasiterit JMG Terengganu sempena lawatan Timbalan Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Puan Farizawati Sabri dan Encik Degor Joshia dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Putrajaya pada 8 April 2015. Timbalan Pengarah JMG Terengganu, Tuan Haji Che Abdul Rahman Jaafar mengalu-alukan kedatangan dan berharap kunjungan ini akan mempereratkan hubungan dan kerjasama kedua-dua jabatan. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Geosains, Encik Hamle Ismail dengan dibantu oleh pegawai geosains, Encik Razaidi Shah A Kadir.