PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2021 JMG JOHOR

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2021 JMG JOHOR

Johor Bahru, 25 April 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 4/2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh En. Ahmad Shahril b. Idris, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Syazwan Zainie b. Jainal. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini.

Baca selanjutnya

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN TAPAK KUARI

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN TAPAK KUARI

SELANGOR, Rabu 14 April 2021 - Unit Pembangunan Lombong dan Kuari JMGSWP mengadakan lawatan dan pemeriksaan tapak kuari bagi surat sokongan pengkuarian di dalam lesen kecil hutan untuk syarikat Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd. di kawasan  Bukit Lagong, Mukim Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.