DEMO FINGERTEC SMART ACI/TD FACE RECOGNITION ACCESS DEVICE WITH FEVER DETECTION KEPADA JMG SABAH

DEMO FINGERTEC SMART ACI/TD FACE RECOGNITION ACCESS DEVICE WITH FEVER DETECTION KEPADA JMG SABAH

KOTA KINABALU (21 APRIL 2021) : Satu demo telah dijalankan di JMG Sabah bagi menggantikan sistem thumbprint yang lama yang mana kerap rosak kepada sistem kehadiran yang baharu iaitu Smart ACI/TD, berikut adalah penerangan ringkas teknologi tersebut; “Smart AC1/TD, a visible light facial recognition access control device that withstands direct strong light exposure.  This product supports multiple verification methods including Face, Fingerprint, Palm & Password.  It is embedded with a Face-with-Mask reading and fever detection feature that can examine a person’s body temperature even with mask on.  The extra wide angle recognition with up to 2 meters recognition distance made this device one of the fastest and contactless verification methods that significantly reduces the potential risk of cross-contamination in premises.  Suitable for all types of small and large offices”.  Pelaksanaan sepenuhnya akan dijangka berkuatkuasa pada bulan Mei 2021.  Satu latihan penjanaan laporan sistem dan lain-lain latihan berkaitan akan diberikan kepada kakitangan JMG Sabah kelak.

Sumber: Unit Pengurusan Maklumat, JMG Sabah

DEMO CZUR BOOK SCANNER KEPADA JMG SABAH

DEMO CZUR BOOK SCANNER KEPADA JMG SABAH

KOTA KINABALU (16 APRIL 2021) : “The first scanner came into the world in 1984 since then the scanning technology updates very slowly.  In a highly developed smart office today, people still have to use the traditional scanner which its not user-friendly or efficient enough.  We want to make a change.  This is the CZUR Scanner, a redefined smart office equipment.  It is fast, able to store data in the cloud and it can easily scan books.  To improve the scanning speed to less than 1.5 seconds per page, CZUR innovatively uses the CMOS scanning technology and equipped with 32-bit MPS CPU.  To transfer the information easily and omit the complicated procedures of installing driver.  ‘CZUR Cloud’ enables automatic cloud processing and storage to achieve the goal of scanning bounded books.  CZUR is equipped with the advanced smart algorithms which can flatten curve, remove fingerprint, purify background and split pages automatically.  In addition with SONY HD camera, CZUR can guarantee the high quality of scanning.  With embedded OCR function, CZUR can make image editable with one click.  With the innovative visual presenter function, CZUR can output 1080 video at 30 frames per second.  CZUR is a smart scanner based on cloud computing and to IoT technology.  No matter where you are – in office or at home, no matter what they are – financial invoices, business contracts or private collection books, CZUR can always help you scan easily and efficiently” -sam’s cyberzone youtube-. 

JMG Sabah sedang mengambil inisiatif dalam menyokong kearah transformasi pendigitalan bagi rekod-rekod dokumen terutama di JMG Sabah pada masa terdekat ini.  Seperti yang telah dirancang, perolehan CZUR ini akan dilaksanakan pada tahun ini dan diharap dengan adanya teknologi sedemikian, kerja-kerja pendigitalan akan lebih cepat dan cekap masa hadapan.

Sumber: Unit Pengurusan Maklumat, JMG Sabah

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERPISAHAN PEGAWAI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERPISAHAN PEGAWAI

Pada 12 April 2021, Jabatan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 04/2021 dan Perpisahan di bilik mesyuarat Kuarza, JMGSWP. Majlis yang diacarakan oleh Encik  Azira Bin Ramely diadakan secara hibrid iaitu secara bersemuka dan atas talian bagi mengekang wabak covid-19 yang sedang melanda negara.

Majlis bermula dengan aktiviti bacaan tahlil beramai-ramai yang diketuai oleh En. Syed bin Omar, bacaan Ikrar Integriti oleh En. Mohd Fauze bin Ab Majid dan diikuti sesi Taklimat Pengisian Log Latihan oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat, En. Muhammad Ezwan bin Dahlan.

Dalam majlis perhimpunan bulanan kali ini, Tuan Pengarah, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee bin Che Soh telah menyampaikan amanat dan ucapan, iaitu berkenaan Tinta Integriti yang merangkumi amaran amalan rasuah dan hukuman denda atas kegagalan melaporkan pemberian, janji  atau tawaran rasuah dan memperoleh suapan. Kesedaran keselamatan siber juga dititik beratkan supaya setiap peralatan komputer dilengkapi perisian Antivirus agar dapat mengcegah serangan virus/spyware/malware. Aktiviti disusuli dengan sesi tayangan montaj aktiviti bergambar JMGSWP sepanjang bulan Mac 2021.

            Majlis Perpisahan seterusnya diadakan bertujuan meraikan pertukaran Pn. Hasnida binti Zabidi, Pegawai Geosains dan En. Muhammad Amir Haiqal bin Mohd Anuari, Pembantu Geosains, ke Ibu Pejabat JMG Malaysia di Putrajaya. Tuan Pengarah telah menyampaikan cenderahati termasuk kepada dua warga jabatan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Pada masa yang sama, jabatan juga berkesempatan meraikan kehadiran En. Muhammad Harith bin Hamdan, Pembantu Geosains yang baru bertukar dari Ibu Pejabat JMG.

Majlis perhimpunan bulanan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

JMGKPP DAN BPEN KEDAH TINJAU PAPAN TANDA JERAI GEOPARK

JMGKPP DAN BPEN KEDAH TINJAU PAPAN TANDA JERAI GEOPARK

SEMELING, 15 JULAI 2021 (KHAMIS): JMGKPP turun padang bersama-sama Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah ke geotapak-geotapak Jerai Geopark bagi meninjau keadaan semasa papan tanda dan panel info geotapak yang telah lusuh pada Isnin lalu.

JMGKPP diwakili Timbalan Pengarah Geosains, Tn. Hj. Azizan bin Ali dan Penolong Pengarah Kanan (Pemetaan Geologi), Pn. Nur Susila bt Md. Saaid manakala BPEN Kedah diwakili Pn. Sharifah Noriza bt Syed Zainol Rashid dan En. Hazani bin Hamzah.

Antara lokasi yang dilawati adalah Geotapak Sungai Badak, Tapak Interpretasi Jerai Geopark di Jeti Semeling, Geotapak Bukit Penjara, Pantai Merdeka, Pantai Tsunami Kuala Muda dan Tapak Budaya Pasar Bisik.