PENDANG, 16 Mei 2017 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang berbesar hati menerima kunjungan Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains NRE, Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Johdi ke pejabat ini.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 4/2017
Johor Bahru, 02 Mei 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 4/2017 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 4/2017 dan untuk rujukan dan makluman semua.
IME LUNCHEON TALK
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dengan anjuran bersama Institut Kejuruteraan Galian Malaysia telah menganjurkan Luncheon Talk yang bertajuk Overview of Mining: The 3 M dan Mineral Exploration pada 17 Mei 2017 (hari Rabu) bertempat di Dewan Seminar PPM. Syarahan ini telah dihadiri oleh 55 orang peserta yang terdiri dari agensi kerajaan dan swasta. Peserta dari agensi kerajaan kebanyakkannya adalah daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains manakala dari agensi swasta pula kebanyakannya dihadiri oleh pengusaha lombong dari seluruh Malaysia.
KUNJUNG HORMAT PROF. EMERITUS DATO' DR. IBRAHIM KOMOO KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS JOHOR
Johor Bahru, 18 Mei 2017 - Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo dan Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamed telah mengadakan kunjung hormat ke Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Johor.
Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo yang lebih dikenali sebagai IBK oleh rakan-rakan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan dan Principal Fellow & Chair, Langkawi Research Centre (PPL). Prof. IBK juga merupakan Ketua Kluster Alam Sekitar dan Sumber Asli [Majlis Profesor Negara (MPN)], Pakar Antarabangsa kepada UNESCO Global Geopark, Penyelaras untuk Rangkaian Geopark Asia Pasifik [Asia Pacific Geoparks Network (APGN)] dan Naib Presiden Persatuan Rangkaian Geopark Global [Global Geoparks Network Association (GGNA)], Fellow Institut Geologi Malaysia dan Fellow Akademi Sains Malaysia.
LAWATAN KERJA UNIT EKONOMI MINERAL JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA KE KILANG SERAMIK GUOCERA, KLUANG, JOHOR
Kluang, 25 Mei 2017 - Seramai lima (5) pegawai dari Unit Ekonomi Mineral JMG Ibu Pejabat dan empat (4) kakitangan JMG Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Kilang Seramik Guocera di Kluang, Johor.
Tujuan utama lawatan ini ialah melihat pembuatan produk berasaskan tanah liat di Kilang Seramik Guocera dan mendapatkan maklumat berkaitan industri ini khususnya perkara berkaitan bahan mentah dan keperluan ke atasnya. Disamping mendapatkan maklumat berhubung pengeluaran, perbincangan turut diadakan bagi mengenalpasti sekiranya terdapat masalah yang berkaitan dengan Jabatan. Pihak syarikat turut berkongsi harapan agar industri perlombongan dan ekonomi negara amnya kembali aktif.
LAWATAN KERJA UNIT EKONOMI MINERAL JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA KE LOMBONG BIJIH BESI CHAAH, BATU PAHAT
Chaah, 24 Mei 2017 - Seramai empat (4) pegawai dari Unit Ekonomi Mineral JMG Ibu Pejabat dan tujuh (7) kakitangan JMG Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Lombong Bijih Besi Chaah, Batu Pahat.
Tujuan utama lawatan ini ialah melihat operasi perlombongan bijih besi dijalankan dan penggunaan teknologi pemprosesan bijih yang digunakan. Disamping mendapatkan maklumat berhubung pengeluaran, perbincangan turut diadakan bagi mengenalpasti sekiranya terdapat masalah yang berkaitan dengan Jabatan. Pihak syarikat turut berkongsi harapan agar industri perlombongan dan ekonomi negara amnya kembali aktif.
PPM MEMENANGI PINGAT PERAK DALAM ITEX’17
Buat kali ke tiga berturut-turut, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menyertai Pameran Inovasi dan Rekacipta Antarabangsa kali ke 28 (ITEX’17) yang telah diadakan pada 11 – 13 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Pada tahun ini, PPM telah menghantar 2 rekacipta ke pertandingan ini iaitu Development of Eco-Friendly Crystal Glass Using Local Silica Sand for Tablewares dari Cawangan Teknologi Bahan Silika dan Non-Chemical Retardant Agent in Producing Precipitated Calcium Carbonate (PCC) dari Cawangan Teknologi Bahan Batuan. Kedua-dua rekacipta ini telah memenangi pingat perak.
LAWATAN TEKNIKAL DAN TAKLIMAT PENGOPERASIAN KILANG MEMPROSES MINERAL DI SIBELCO MALAYSIA SDN BHD
Johor Bahru, 15 Mei 2017 – Seramai 8 orang kakitangan JMG Johor yang diketuai oleh Encik Mohd Hisham Bin Md Nawi Pegawai Geosains Unit Lombong dan Kuari telah turut serta dalam program lawatan teknikal dan taklimat pengoperasian kilang memproses mineral di Sibelco Malaysia Sdn Bhd.
KAMPUS PPM BIL. 1/2017
Kampus Bil 1/2017 merupakan satu kaedah pembelajaran sepanjang hayat yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang telah diadakan sejak tahun 2014. Oleh yang demikian, seramai 39 peserta yang terdiri daripada Ketua Cawangan, Pegawai–Pegawai Penyelidik dan Staff Sokongan 1 telah bersama–sama hadir dalam menjayakan program ini yang telah diadakan pada hari Jumaat, 28 April 2017 bertempat di Dewan Seminar.
Pembentang pada hari tersebut ialah Tuan Haji Abdul Rois Bin Abdul Mois, Pegawai Penyelidik daripada Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL) dengan kertas kerja beliau yang bertajuk Anti–Thermal Shock and Flameproof Whiteware Ceramics. Manakala pembentang kedua ialah Tuan Haji Abdullah, Pegawai Penyelidik dari Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK) dengan kertas kerja beliau yang bertajuk UAV dan kegunaanya.
MAJLIS PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH PPM/KETUA CAWANGAN TEKNOLOGI BERASASKAN SILIKA
Pada 2 hb Mei 2017 bersamaan dengan 5 Syaaban 1438 di Restoran Simpang Tiga Ipoh, satu majlis perpisahan dan persaraan Timbalan Pengarah PPM/Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS) iaitu En Mahadi bin Abu Hassan telah diadakan dalam suasana yang amat santai. Ianya dihadiri oleh Pengarah PPM, En Md. Muzayin Bin Alimon dan pegawai-pegawai penyelidik di PPM sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau yang telah berkhidmat selama 34 tahun (1983 – 2017) di Institut Penyelidikan Galian yang kemudiannya dijenamakan semula kepada Pusat Penyelidikan Mineral. Beliau bersara wajib pada 5.5.2017.
Alhamdulillah, majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah, pegawai-pegawai penyelidik serta pegawai yang diraikan iaitu En Mahadi kerana sudi hadir dan meluangkan masa bersama-sama dengan rakan-rakan penyelidik di PPM.