LAWATAN KERJA UNIT EKONOMI MINERAL JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA KE LOMBONG BIJIH BESI CHAAH, BATU PAHAT

muka depan lombong chaah-vert

Chaah, 24 Mei 2017 - Seramai empat (4) pegawai dari Unit Ekonomi Mineral JMG Ibu Pejabat dan tujuh (7) kakitangan JMG Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Lombong Bijih Besi Chaah, Batu Pahat.

Tujuan utama lawatan ini ialah melihat operasi perlombongan bijih besi dijalankan dan penggunaan teknologi pemprosesan bijih yang digunakan. Disamping mendapatkan maklumat berhubung pengeluaran, perbincangan turut diadakan bagi mengenalpasti sekiranya terdapat masalah yang berkaitan dengan Jabatan. Pihak syarikat turut berkongsi harapan agar industri perlombongan dan ekonomi negara amnya kembali aktif.

Baca selanjutnya

PPM MEMENANGI PINGAT PERAK DALAM ITEX’17

PPM MEMENANGI PINGAT PERAK DALAM ITEX’17

Buat kali ke tiga berturut-turut, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menyertai Pameran Inovasi dan Rekacipta Antarabangsa kali ke 28 (ITEX’17) yang telah diadakan pada 11 – 13 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pada tahun ini, PPM telah menghantar 2 rekacipta ke pertandingan ini iaitu Development of Eco-Friendly Crystal Glass Using Local Silica Sand for Tablewares dari Cawangan Teknologi Bahan Silika dan Non-Chemical Retardant Agent in Producing Precipitated Calcium Carbonate (PCC) dari Cawangan Teknologi Bahan Batuan. Kedua-dua rekacipta ini telah memenangi pingat perak.

Baca selanjutnya

KAMPUS PPM BIL. 1/2017

KAMPUS PPM BIL. 1/2017

Kampus Bil 1/2017 merupakan satu kaedah pembelajaran sepanjang hayat yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang telah diadakan sejak tahun 2014. Oleh yang demikian, seramai 39 peserta yang terdiri daripada Ketua Cawangan, Pegawai–Pegawai Penyelidik dan Staff Sokongan 1 telah bersama–sama hadir dalam menjayakan program ini yang telah diadakan pada hari Jumaat, 28 April 2017 bertempat di Dewan Seminar.

Pembentang pada hari tersebut ialah Tuan Haji Abdul Rois Bin Abdul Mois, Pegawai Penyelidik daripada Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL) dengan kertas kerja beliau yang bertajuk Anti–Thermal Shock and Flameproof Whiteware Ceramics. Manakala pembentang kedua ialah Tuan Haji Abdullah, Pegawai Penyelidik dari Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK) dengan kertas kerja beliau yang bertajuk UAV dan kegunaanya.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH PPM/KETUA CAWANGAN TEKNOLOGI BERASASKAN SILIKA

MAJLIS PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH PPM/KETUA CAWANGAN TEKNOLOGI BERASASKAN SILIKA

Pada 2 hb Mei 2017 bersamaan dengan 5 Syaaban 1438 di Restoran Simpang Tiga Ipoh, satu majlis perpisahan dan persaraan Timbalan Pengarah PPM/Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS) iaitu En Mahadi bin Abu Hassan telah diadakan dalam suasana yang amat santai.  Ianya dihadiri oleh Pengarah PPM, En Md. Muzayin Bin Alimon dan pegawai-pegawai penyelidik di PPM sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau yang telah berkhidmat selama 34 tahun (1983 – 2017) di Institut Penyelidikan Galian yang kemudiannya dijenamakan semula kepada Pusat Penyelidikan Mineral. Beliau bersara wajib pada 5.5.2017.

Alhamdulillah, majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah, pegawai-pegawai penyelidik serta pegawai yang diraikan iaitu En Mahadi kerana sudi hadir dan meluangkan masa bersama-sama dengan rakan-rakan penyelidik di PPM.

Baca selanjutnya