Kampus Bil 1/2017 merupakan satu kaedah pembelajaran sepanjang hayat yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang telah diadakan sejak tahun 2014. Oleh yang demikian, seramai 39 peserta yang terdiri daripada Ketua Cawangan, Pegawai–Pegawai Penyelidik dan Staff Sokongan 1 telah bersama–sama hadir dalam menjayakan program ini yang telah diadakan pada hari Jumaat, 28 April 2017 bertempat di Dewan Seminar.
Pembentang pada hari tersebut ialah Tuan Haji Abdul Rois Bin Abdul Mois, Pegawai Penyelidik daripada Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL) dengan kertas kerja beliau yang bertajuk Anti–Thermal Shock and Flameproof Whiteware Ceramics. Manakala pembentang kedua ialah Tuan Haji Abdullah, Pegawai Penyelidik dari Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK) dengan kertas kerja beliau yang bertajuk UAV dan kegunaanya.
Justeru itu, diharap setiap peserta yang hadir mendapat manfaat atas segala ilmu dan pengalaman yang telah dikongsi oleh kedua–dua Pegawai Penyelidik dalam bidang kepakaran masing–masing pada program kali ini.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/kampus-ppm-bil-1-2017#sigProId457f8d4f80