KUNJUNGAN RASMI TKP(O) KE JMG KELANTAN

KUNJUNGAN RASMI TKP(O) KE JMG KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN 16 Jun 2019 (Ahad) –  JMG Kelantan telah menerima kunjungan rasmi TKP(O) YBrs Tuan Haji Mohd Zukeri bin Ab Ghani, Timbalan Ketua Pengarah, Operasi.  Kunjungan ini merupakan sesi lawatan rasmi ke seluruh JMG negeri sebelum beliau bersara wajib pada bulan Julai nanti. JMG kelantan dan semua warga JMG kelantan telah berbesar hati menerima kunjungan beliau dan meraikan beliau disatu majlis yang diadakan khas. Perjumpaan ini diadakan di bilik mesyuarat JMG Kelantan, Wisma Persekutuan Kota Bharu.

Baca selanjutnya

TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN PERANCANGAN KERJALAPANGAN KERJASAMA EKSPLORASI CBM NEGARA OLEH JMG-PETRONAS DI DARATAN SABAH

TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN PERANCANGAN KERJALAPANGAN KERJASAMA EKSPLORASI CBM NEGARA OLEH JMG-PETRONAS DI DARATAN SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (20 JUN 2019) : KHAMIS, Satu taklimat dan Perbincangan kerjalapangan kerjasama eksplorasi CBM Negara oleh JMG-PETRONAS di daratan Sabah telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JMG Sabah. Taklimat ini telah bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Ketua rombongan daripada PETRONAS adalah En. Amiruddin Mansor selaku General Manager, Basin Strategy & Management Resource Exploration Malaysia Petroleum Management dan turut hadir beberapa kakitangan daripada PETRONAS dalam sesi taklimat ini.

Baca selanjutnya

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Negeri Sembilan

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Negeri Sembilan

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN 15 JUN 2019. Satu majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Sembilan telah iadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. Majlis itu dihadiri oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Beseri Sembilan Darul Khusus dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus diiringi oleh YAM Tunku Besar Seri Menanti, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YB Dato’ Seri, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan tetamu-tetamu kenamaan. En. Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri majlis tersebut.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA PUSAT JAGAAN KASIH SETANGGI, KG SETANGGI JOHOR BAHRU

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA PUSAT JAGAAN KASIH SETANGGI, KG SETANGGI JOHOR BAHRU

Tarikh : 2 Jun 2019 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pusat Jagaan Kasih Setanggi, Kampung Setanggi.

Program ini telah diadakan dengan penglibatan kakitangan JMG Johor bersama Tuan Timbalan Pengarah Hj Noorazhar bin Ngatimin. Majlis dimulai dengan ucapan dari Timbalan Pengarah JMG Johor dan seterusnya oleh Pengusaha Pusat Jagaan Kasih, Puan Juhaida Maskom. Program diteruskan dengan penyampaian sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf. Disamping sumbangan barang-barang keperluan asas dan sedikit sumbangan kewangan, kakitangan JMG Johor juga sempat meluangkan sedikit masa beramah mesra dengan anak-anak di rumah jagaan tersebut.

Baca selanjutnya

SALAM SYAWAL 1440H DARIPADA WARGA KERJA JMG MALAYSIA, PERAK

SALAM SYAWAL 1440H DARIPADA WARGA KERJA JMG MALAYSIA, PERAK

03 Jun 2019 : Kami Warga Kerja JMG Malaysia, Perak ingin mengucapkan Salam Syawal kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada terutamanya kepada warga kerja JMG Semalaysia. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, segala salah dan silap harap diampunkan. Maaf Zahir dan Batin. Kepada warga kerja JMG Malaysia yang pulang berhari raya di kampung, dinasihati supaya rancang perjalanan sebaik-baiknya dan berhati-hati ketika memandu. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui dan dapat berjumpa dengan keluarga yang dirindui.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN