Demonstrasi X-Ray Flourescence (XRF) Mudah Alih

Demonstrasi X-Ray Flourescence (XRF) Mudah Alih

IPOH, 18 Jun 2019:   Pada hari ini telah diadakan demonstrasi Portable X-Ray Flourescence (XRF) yang telah disampaikan oleh wakil syarikat RSGC Sdn. Bhd. Demonstrasi ini telah disertai oleh beberapa Pegawai Geosains dari Cawangan Perkhidmatan Makmal dan beberapa pelajar industri. Beberapa jenis sampel pasir silika dan emas telah digunakan untuk tujuan percubaan. Hasil dari ujian menggunakan XRF mudah alih ini menunjukkan keputusan yang boleh dibanggakan dan boleh dicadangkan untuk kegunaan ujian cepat di lapangan.

 

Mesyuarat Teknikal Projek Rare Earth Element

Mesyuarat Teknikal Projek Rare Earth Element

SUNGAI PETANI, 25 Jun 2019:  Mesyuarat Teknikal Kumpulan Kerja Projek Rare Earth Element (REE) telah diadakan di The Jerai Hotel Sungai Petani. Mesyuarat telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 25 pegawai-pegawai projek REE dari seluruh negara. Mesyuarat berlangsung dari 25 hingga 27 Jun 2019. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengurus Projek, En. Abdul Hadi Abdul Rahman. Pada hari pertama, telah diadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan status projek, analisis makmal dan masalah-masalah yang timbul.

Pada hari kedua, telah diaturkan Lawatan Kerja Lapangan ke Terap Pine Forest, Kulim bagi melihat sendiri lokasi yang dikatakan mengandungi REE, cara pengambilan sampel, mendulang serta membuat demo 'pre-test' ke atas sampel sebelum dihantar ke makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) Ipoh untuk dianalisa Rare Earth Element menggunakan Laser Ablation ICPMS.

Peserta juga telah dibawa ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Jerai bagi melihat sendiri struktur pagmatit yang terdapat di sana.

Hari terakhir telah diadakan perbincangan serta pemurnian lapuran.

 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 6/2019, KUNJUNGAN RASMI TKP(OPERASI), MAJLIS PERPISAHAN DAN MAJLIS AIDILFITRI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 6/2019, KUNJUNGAN RASMI TKP(OPERASI), MAJLIS PERPISAHAN DAN MAJLIS AIDILFITRI

Johor Bahru, 23 Jun 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, kunjungan rasmi TKP(Operasi), Majlis Perpisahan dan Sambutan Aidilfitri telah diadakan di dua tempat berbeza iaitu di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH dan Hotel Swiss Inn Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini telah dipengerusikan oleh Cik Nur Syahidatul Zubaida bt. Abilah, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh Puan Norfazelah bt. Hassan. Selepas itu, Timbalan Pengarah En. Noorazhar b. Ngatimin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERPISAHAN WARGA JMGSWP

MAJLIS PERPISAHAN WARGA JMGSWP

SHAH ALAM, 24 Jun 2019 - Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk meraikan En. Ahmed Safwan bin Zainal Abidin, Pembantu Geosains dari Unit Pembangunan Lombong dan Kuari, JMGSWP yang akan berpindah ke JMG Kelantan. Beliau dijangka akan melaporkan diri di negeri Cik Siti Wan Kembang yang juga adalah kampung halaman beliau pada 01 Julai 2019. Pengarah Negeri, En. Jontih Enggihon dan keseluruhan warga JMGSWP mengucapkan selamat maju jaya dan jutaan terima kasih ke atas jasa bakti yang telah beliau curahkan selama 17 tahun di Negeri Selangor. 

Pada hari dan waktu yang sama, JMGSWP juga telah menerima kehadiran 11 orang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia ( 10 perempuan dan hanya seorang lelaki ) untuk menjalani Latihan Industri selama 2 bulan dengan harapan agar dapat menimba ilmu serta didedahkan kepada suasana kerja yang sebenar dalam bidang Mineral dan Geosains. Sekian, terima kasih.

Baca selanjutnya

7 Pegawai Penyelidik Baru Melapor Diri di PPM

7 Pegawai Penyelidik Baru Melapor Diri di PPM

Seramai 7 orang kakitangan baharu yang telah dilantik sebagai Pegawai Penyelidik telah hadir melapor diri untuk bertugas di PPM pada 18 Jun 2019 yang lalu. Sehari sebelum itu, mereka telah melapor diri di Ibu Pejabat JMG dan telah membacakan ikrar di hadapan Datuk Ketua Pengarah JMG.

Mereka ini terdiri daripada 5 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Mereka ialah En. Muhammad Afiq Afandi bin Abdul Aziz, En. Muhammad Hazim bin Yaacob, Dr. Zulkhairi bin Zakaria, En. Costantine bin Joannes, En. Mohd Zaid bin Md. Sharif, Dr. Emee Marina binti Salleh dan Pn. Syarifah Aminah binti Ismail. Pada masa ini, mereka sedang menjalani sesi latihan orientasi di setiap cawangan di PPM. Ia bertujuan sebagai sesi suai kenal kepada mereka bagi mengetahui skop kerja dan penyelidikan R&D mineral yang dijalankan di sini dengan lebih lanjut. Sesi orientasi ini yang bermula pada 18 Jun 2019 akan berakhir pada 9 Julai 2019.

Baca selanjutnya