Berita Kematian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kepada En Mohd Fadzil bin Abdul Hamid, Pembantu Operasi N11 (Unit Pentadbiran BPT) telah kembali ke rahmatullah pada 3 Julai 2015 jam 3.15 petang (bersamaan 16 Ramadhan 1436H) kerana sakit demam di hospital besar Perlis.

Sekian, harap maklum.

Majlis Persaraan Pn. Raihan Idris

IPOH, 30 Jun 2015:  Pada hari ini telah diadakan Majlis Persaraan Pn. Raihan Idris, Penolong Pegawai Geosains Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Majlis diadakan secara sederhana memandangkan ianya dibuat dalam bulan puasa.

Kami warga BPT dan khususnya Cawangan Perkhidmatan Makmal mengucapkan selamat bersara dan semoga akan lebih bahagia di masa-masa akan datang.

raihan

Majlis Berbuka Puasa Kompleks JMG Ipoh

Majlis Berbuka Puasa Kompleks JMG Ipoh

IPOH, 10 Julai 2015:  Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Surau BPT. Majlis telah dihadiri oleh kira-kira lima puluh kakitangan BPT dan JMG Perak. Majlis bermula dengan berbuka puasa, sembahyang maghrib, isyak serta tarawih serta disudahi dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah JMG Perak, Tn. Hj. Mohd Zaidi Hassan.

Baca selanjutnya