
IPOH, 9 Julai 2015: Bahagian Perkhidmatan Teknikal sedang menganjurkan Pertandingan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Teknikal 2015. Pertandingan ini terbuka kepada kakitangan Bahagian Perkhidmatan Teknikal.
Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat-bakat inovasi kakitangan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 30 Oktober 2015.
Syarat-syarat pertandingan boleh dirujuk kepada Garis Panduan pertandingan yang disediakan oleh urusetia. Jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada En. Mohd Fauzi Bin Muhammad Said.