MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 6/2017, MAJLIS PERSARAAN ENCIK ABDULLAH SANI (PENGARAH JMG JOHOR) DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

muka depan perhimpunan bulanan 62017

Johor Bahru, 23 Julai 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2017, Majlis Persaraan En. Abdullah Sani (Pengarah JMG Johor) dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 6/2017, Majlis Persaraan En. Abdullah Sani (Pengarah JMG Johor) dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan untuk rujukan dan makluman semua.

Baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA DAN PERSARAAN

JAMUAN HARI RAYA DAN PERSARAAN

21 Julai 2017 - Cawangan Pentadbiran dan Kewangan (CPK) Pusat Penyelidikan Mineral, telah mengadakan jamuan hari raya dan persaraan peringkat cawangan CPK. Jamuan persaraan tersebut diadakan bagi mengenang jasa dan bakti kakitangan CPK yang akan bersara iaitu Puan Samsiah binti Ya’acob. Beliau akan bersara pada 01 Ogos 2017. Beliau telah berkhidmat di PPM selama 15 tahun dan memegang jawatan terakhir sebagai Ketua Kerani. Jamuan tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran mantan Pengarah PPM iaitu Tuan Haji Dr Azmi, pesara-pesara CPK, ketua cawangan, pegawai penyelidik dan rakan-rakan di PPM.

Terima kasih juga kepada Cik Hasnita selaku ketua cawangan CPK dan ahli CPK kerana bertungkus lumus menjayakan jamuan tersebut. Kami, warga PPM mengucapkan selamat bersara dan maju jaya kepada Puan Samsiah binti Ya’acob.

Baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PPM 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PPM 2017

24 Julai 2017 – Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H bersamaan 30 Syawal di perkarangan PPM. Program ini dimulakan dengan ucapan YDP KSKPPM iaitu Tuan Dr Hj Izhar Abadi bin Ibrahim Rais dan  dirasmikan oleh Pengarah PPM iaitu Encik Md Muzayin bin Alimon.

Majlis Sambutan Hari Raya disambut begitu meriah dengan kehadiran ahli keluarga. Pelbagai hidangan disajikan mengikut cawangan tersendiri. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah. Pihak KSKPPM sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Baca selanjutnya

PROGRAM KERJA PERSAMPELAN DAN PERBINCANGAN TEKNIKAL INDUSTRI LEMPUNG DI NEGERI PERAK

PROGRAM KERJA PERSAMPELAN DAN PERBINCANGAN TEKNIKAL  INDUSTRI LEMPUNG DI NEGERI PERAK

Pada 25 Mei 2017, satu program kerja persampelan dan bincang teknikal telah dijalankan oleh Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). CTBL telah menjalankan     kerja mengambil sampel lempung bebola yang diproses di kilang Syarikat Changkat Rembian Mineral Sdn. Bhd. (CRM), di kawasan Bidor dan dalam perjalanan balik singgah di Kilang Lavendar Ceramic Sdn. Bhd, di Batu Gajah untuk berbincang teknikal mengenai kerja-kerja pra-pengkomersilan yang boleh dijalankan di peringkat kilang berkenaan.

CRM adalah syarikat yang menjalankan aktiviti pemprosesan dan pengeluaran lempung bebola setempat untuk dipasarkan di dalam dan di luar negeri. CTBL telah banyak menjalankan penyelidikan menggunakan lempung bebola-lempung bebola yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Dengan peluang lawatan dan kerja persampelan ini diharapkan mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan membuka peluang mengetahui dan melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak syarikat.

Baca selanjutnya