24 Julai 2017 – Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H bersamaan 30 Syawal di perkarangan PPM. Program ini dimulakan dengan ucapan YDP KSKPPM iaitu Tuan Dr Hj Izhar Abadi bin Ibrahim Rais dan dirasmikan oleh Pengarah PPM iaitu Encik Md Muzayin bin Alimon.
Majlis Sambutan Hari Raya disambut begitu meriah dengan kehadiran ahli keluarga. Pelbagai hidangan disajikan mengikut cawangan tersendiri. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah. Pihak KSKPPM sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/majlis-sambutan-hari-raya-aidilfitri-ppm-2017#sigProIdd274c344f3
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/majlis-sambutan-hari-raya-aidilfitri-ppm-2017#sigProIdd274c344f3