Majlis Apresiasi Penerima APC JMG 2018

Majlis Apresiasi Penerima APC JMG 2018

PUTRAJAYA, 22 APRIL 2019 : Satu Majlis Apresiasi Penerima APC JMG 2018 telah diadakan di Everly Hotel, Putrajaya. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG. Penerima APC JMG NSM 2018 adalah Puan Nadiya binti Mohd Saleh, Encik Mohd Zuraimi bin Ibrahim dan Encik Mohd Azmiran bin Amran.

Baca selanjutnya

Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-XIV Negeri Sembilan

Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-XIV Negeri Sembilan

SEREMBAN, 22 APRIL 2019 : Pada hari ini, satu Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-XIV Negeri Sembilan Darul Khusus telah disempurnakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut hadir dalam majlis itu.

Mesyuarat Perhubungan Ketua Pengarah

Mesyuarat Perhubungan Ketua Pengarah

PUTRAJAYA, 17 APRIL 2019 : Pada hari ini, Mesyuarat Perhubungan Ketua Pengarah telah diadakan di Ibu Pejabat JMG di Putrajaya. Mesyuarat ini diadakan bagi membincang isu-isu semasa yang melibatkan JMG. Mesyuarat ini dihadiri oleh TKP (OPS), TKP (KEM), pengarah-pengarah kanan, pengarah-pengarah bahagian dan pengarah-pengarah JMG Negeri. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri mesyuarat ini.

Pengambaran Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Pengambaran Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

SEREMBAN, 15 APRIL 2019 : Pada hari ini, satu majlis penggambaran video bagi menyokong Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Sehari anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah diadakan di pejabat JMG NSM. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM bersama dengan beberapa orang kakitangan JMG NSM telah menjayakan majlis ini.

Baca selanjutnya

Lawatan ke Kawasan Kerjalapangan Unit Sumber Mineral

Lawatan ke Kawasan Kerjalapangan Unit Sumber Mineral

JEMPOL, NEGERI SEMBILAN, 10 APRIL 2019 : Pada hari ini, Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM telah membuat lawatan kerja ke singkapan permatang/daik kuarza di Bukit Bunga, Jempol, Negeri Sembilan. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dengan lebih dekat kewujudan permatang kuarza di kawasan itu yang berpotensi dimajukan sebagai sumber batuan bersilika (SiO2) untuk industri berasaskan silikon.

Baca selanjutnya