Bengkel separuh hari ini telah diadakan pada tarikh 30 Oktober 2015 (hari Jumaat) di Best Western Premier The Haven, Ipoh. Penganjuran bengkel ini adalah sebagai salah satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat Lembah Kinta (public engagement) khususnya kepada agensi/jabatan kerajaan, NGO dan pengusaha ekopelancongan berkaitan konsep geopark.
Bengkel ini telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada semua ahli Jawatankuasa Kerja Cadangan Pembangunan Geopark Lembah Kinta, terutamanya Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Tourism Malaysia Negeri Perak dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Gambar-gambar semasa bengkel
Sebahagian urusetia yang terlibat menjayakan bengkel