PAHANG (17 JULAI 2018) : SELASA, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah menganjurkan satu bengkel yang bertajuk “ Bengkel Perparitan Bagi Projek Pemetaan Sesar Aktif dan Gempa Bumi Bil.1/2018 bermula pada 16 Julai 2018 dan berakhir pada 21 Julai 2018. Bengkel ini diadakan di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands, Pahang.
Bengkel ini juga bertujuan bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemetaan sesar aktif dan gempa bumi. Turut hadir mewakili JMG Sabah ialah Dr. Frederick F. Tating (Ketua Pegawai Geosains C48), En. Bailon Golutin (Pegawai Geosains Kanan C44) dan En. Arthur Clement Makulim (Pegawai Geosains C44).