BUKU PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 DAN PELAN PELAKSANAAN GEOPARK NEGARA DILANCAR

BUKU PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 DAN PELAN PELAKSANAAN GEOPARK NEGARA DILANCAR
YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menyempurnakan Majlis Peluncuran Buku Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 (PPGN 2021-2030) dan Pelan Pelaksanaan Geopark Negara (PLGN) di International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2023, (IGEM) 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) hari ini.
Penerbitan kedua-dua pelan ini merupakan inisiatif Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dalam memperkasa agenda pembangunan dan pengurusan geopark negara dan perlu dirujuk serta diguna pakai dalam semua perancangan pembangunan fizikal negara.

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my