Demonstrasi Ujian Membezakan REE Oksalat dan REE Karbonat

Demonstrasi Ujian Membezakan REE Oksalat dan REE Karbonat

IPOH,  April 2023: Hari ini telah diadakan demonstrasi ujian bagi membezakan antara REE Oksalik dan REE Karbonat di Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal khusus kepada pelajar-pelajar industri JMG Perak dan beberapa kakitangan makmal. Hasilnya amat positif dan semoga semuanya mendapat ilmu yang bermanafaat dari demonstrasi tersebut.

Mesyuarat Teknikal Projek Penilaian Unsur Nadir Bumi Bil. 1/2023

Mesyuarat Teknikal Projek Penilaian Unsur Nadir Bumi Bil. 1/2023

IPOH,  20 Mac 2023: Hari ini telah diadakan Mesyuarat Teknikal Projek Penilaian Unsur Nadir Bumi (REE) Bilangan 1/2023. Mesyuarat bertempat di Bilik Mesyuarat Marmar, JMG Perak bertujuan untuk membincangkan pelaporan teknikal oleh pegawai-pegawai projek, pembentangan input baharu Garis Panduan Eksplorasi REE, Modul Latihan dan Pembangunan Kapasiti dan lain-lain hal berkaitan. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mahat Bin Sibon bagi pihak Ketua Projek Dr. SIa Say Gee.

Perhimpunan Bulanan Dan Majlis Persaraan Pengarah Kanan BPT

Perhimpunan Bulanan Dan Majlis Persaraan Pengarah Kanan BPT

IPOH, 15 Mac 2023: Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan bersama Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Tn. Hj. Azemi Hj. Eki dan Majlis Perpisahan Pengarah Kanan BPT yang akan bersara wajib pada 16 Mac 2023. 

Dalam majlis yang sama disampaikan surat Penanggungan Kerja Pengarah Kanan BPT kepada En. Ahmad Zulkifli.