Lawatan Kerjasama Teknikal Universiti Malaysia Pahang Ke Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal

Lawatan Kerjasama Teknikal Universiti Malaysia Pahang Ke Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal

IPOH,  21 Februari 2023: Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG Ipoh telah menerima kunjungan dari Pengarah Makmal Berpusat Universiti Malaysia Pahang bersama beberapa Pegawai Sains dalam rangka membina kerjasama teknikal dalam bidang analisis makmal serta kajian dalam bidang mineral dan geosains.

Universiti Malaysia Pahang telah diketuai oleh Pengarah Makmal Berpusat UMP, Prof. Madya Dr. Hazrulrizawati Binti Abdul Hamid dan telah diraikan oleh En. Mohd Fauzi Muhammad Said bagi pihak Pengarah Makmal, En. Mohd Fahami Abas dan En. Mohd Zahar Ibrahim. 

Delegasi ini telah di berikan taklimat oleh En. Mohd Fauzi dan kemudiannya dibawa melawat ke makmal untuk melihat sendiri kemudahan analisis yang disediakan kepada pelanggan.

TRAINING ON RARE EARTH ELEMENTS DETERMINATION IN GEOLOGICAL SAMPLES USING LAICPMS

TRAINING ON RARE EARTH ELEMENTS DETERMINATION IN GEOLOGICAL SAMPLES USING LAICPMS
IPOH, 3 Februari 2023: Tamat sudah program 'Training on Analysis of Rare Earth Elements Determination in Geological Samples Using Laser Ablation Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (LAICPMS)', yang berlangsung selama lima hari bermula 30/1/2023 hingga 3/2/2023. Program ini dilaksanakan di bawah Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC) dan bertempat di Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal Ipoh. Latihan ini bertujuan untuk memberi tunjukajar kepada peserta dari Department of Mineral Resource Thailand dan juga Pegawai-pegawai Geosains dan Pegawai-pegawai Penyelidik JMG mengenai analisis unsur nadir bumi dan penentuan 'Isotope Ratio'.
Program pembukaan dan latihan (hari pertama) turut dijalankan menerusi Google Meet kepada peserta-peserta dari JMG dan DMR serta dipancarkan secara live menerusi FB jmgmalaysia.
Terima kasih kepada Pengurusan ibu pejabat JMG, Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Perkin Elmer Sdn. Bhd. serta semua peserta dan urusetia kerana bertungkus lumus menjayakan sesi latihan ini.

Penambahan Skop Akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017

Penambahan Skop Akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017

Tahniah kepada Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan juga kepada Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia secara keseluruhan atas kejayaan dalam Penambahan Skop Akreditasi Persijilan MS ISO/IEC 17025:2017 khususnya bagi analisis Thorium dan Uranium ke atas sampel-sampel geologi.

Penambahan dua (2) lagi skop analisis ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 44 analisis yang sedang dilaksanakan di Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT.  Selain itu JMG Sabah dan JMG Sarawak juga masing-masing berjaya mengekalkan 3 dan 16 skop. 

Taklimat ESL Laser Ablation

Taklimat ESL Laser Ablation

IPOH, 23 Jun 2022: Pada hari ini telah diadakan sesi taklimat mengenai ESL Laser Ablation, di Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh. Taklimat ini telah dibawakan oleh Perkin Elmer Sdn. Bhd. dan telah disampaikan oleh Miss Catherine dan Miss Mui Phing daripada syarikat Elemental Scientific Lasers yang berpengkalan di Singapura.

Baca selanjutnya