Mesyuarat Teknikal Projek Rare Earth Element

Mesyuarat Teknikal Projek Rare Earth Element

SUNGAI PETANI, 25 Jun 2019:  Mesyuarat Teknikal Kumpulan Kerja Projek Rare Earth Element (REE) telah diadakan di The Jerai Hotel Sungai Petani. Mesyuarat telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 25 pegawai-pegawai projek REE dari seluruh negara. Mesyuarat berlangsung dari 25 hingga 27 Jun 2019. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengurus Projek, En. Abdul Hadi Abdul Rahman. Pada hari pertama, telah diadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan status projek, analisis makmal dan masalah-masalah yang timbul.

Pada hari kedua, telah diaturkan Lawatan Kerja Lapangan ke Terap Pine Forest, Kulim bagi melihat sendiri lokasi yang dikatakan mengandungi REE, cara pengambilan sampel, mendulang serta membuat demo 'pre-test' ke atas sampel sebelum dihantar ke makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) Ipoh untuk dianalisa Rare Earth Element menggunakan Laser Ablation ICPMS.

Peserta juga telah dibawa ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Jerai bagi melihat sendiri struktur pagmatit yang terdapat di sana.

Hari terakhir telah diadakan perbincangan serta pemurnian lapuran.

 

Lawatan Kastam DiRaja Johor

Lawatan Kastam DiRaja Johor

IPOH, 18 Januari 2019:  Pada hari ini telah diadakan perbincangan antara Cawangan Perkhidmatan Makmal dengan Kastam DiRaja Johor. Perbincangan bertujuan melihat kerjasama analisis terutama sampel pasir bagi sampel-sampel Kastam. Mereka juga dibawa melawat kemudahan analisis di makmal.

Hari Keluarga KSKBPT

Hari Keluarga KSKBPT

IPOH, 26 Januari 2019:  Pada hari ini, Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Aktiviti Hari Keluarga bertempat di Lost World Of Tambun, Ipoh. Aktiviti kali ini merupakan yang terbesar yang pernah dilaksaksanakan sejak penubuhan kelab.

Aktiviti Hari Keluarga kali ini dirasmikan oleh Pengarah Kanan BPT, Dato' Mohd Za'im Abdul Wahab. Antara aturcara yang dijalankan termasuk senamrobik, taklimat keselamatan, lawatan ke Needle Rock, sukaneka dan disudahi dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah sukaneka.

Baca selanjutnya

Lawatan Ketua Pengarah NAHRIM ke Makmal BPT

Lawatan Ketua Pengarah NAHRIM ke Makmal BPT

Ipoh, 11 Jan 2019: Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal, JMG Ipoh telah menerima lawatan mengejut Ketua Pengarah NAHRIM. Beliau telah dibawa melihat kemudahan analisis di makmal termasuk kemudahan analisis Unsur Nadir Bumi (Rare Earth Element). Penerangan mengenai REE telah disampaikan oleh En. Mohd Zahar Ibrahim, selaku pegawai yang menjalankan analisis berkenaan.

Baca selanjutnya