LANGKAWI, KEDAH - Satu kerjasama antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Coordinating Committee For Geoscience Programmes In East and Southeast Asia (CCOP) telah menganjurkan satu bengkel iaitu The 3rdInternational Workshop On CCOP-Geoinformation Sharing Infrastructure for East and South Asia (GSi) Project pada 17-21 September 2018 di Aseania Resort & SPA, Langkawi, Kedah.
Lawatan KSU Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) ke Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), YBhg. Dato' Dr. Tan Yew Chong telah melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) pada 9 Ogos 2018 (Khamis).
Lawatan Rasmi Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
Jabatan telah menerima lawatan rasmi pertama YB Dr. Xavier Jayakumar Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dan YB Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli ke Ibu Pejabat JMG di Menara PJH, Putrajaya sejak dilantik ke jawatan masing-masing pada 2 Julai 2018.
Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 6/2018 & Jamuan Hari Raya 2018
Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Raya JMG Ibu Pejabat dengan jayanya telah diadakan di Ibu Pejabat JMG, Putrajaya. Setiap bahagian menyediakan juadah hari raya masing-masing. Pelbagai juadah dan hidangan telah disediakan hasil kerjasama dan muafakat kakitangan Jabatan. Syabas diucapkan!
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri NRE 2018
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri NRE 2018 dengan jayanya telah diadakan bersempena Majlis Perhimpunan NRE 2018 di Wisma Sumber Asli, Putrajaya pada 26 Jun 2018.