Sesi Rumusan Siasatan Bencana Geologi Tanah Runtuh di Fathers's Organic Farm (Jalan Batang Kali-Genting Highland)

Sesi Rumusan Siasatan Bencana Geologi Tanah Runtuh di Fathers's Organic Farm (Jalan Batang Kali-Genting Highland)
YBrs. Ketua Pengarah JMG di Ibu Pejabat JMG mempengerusikan Sesi Rumusan Siasatan Bencana Geologi Tanah Runtuh di Fathers's Organic Farm (Jalan Batang Kali-Genting Highland) Daerah Hulu Selangor, Selangor
Sesi rumusan ini turut dihadiri oleh pihak Bahagian Geosains NRECC, JUPEM, dan JAS.

Lawatan Kerja dari pihak British High Commision dan British Geological Survey

 Lawatan Kerja dari pihak British High Commision dan British Geological Survey
Ibu Pejabat JMG telah menerima lawatan kerja dari pihak British High Commision dan British Geological Survey pada 31 Januari 2023.
Perjumpaan ringkas ini adalah berkisarkan kerjasama dua hala dalam bidang :
▪️ kelestarian dalam perlombongan pasir
▪️ pengurusan bencana geologi tanah runtuh.
Perjumpaan adalah secara santai dan perbincangan dua hala ini telah dirancang untuk diteruskan lagi untuk sesi yang seterusnya.

Lawatan Ke Lombong Pasir, Tanjung Dua Belas , Kuala Langat bersama Wakil British Geological Survey

Lawatan Ke Lombong Pasir,  Tanjung Dua Belas , Kuala Langat bersama Wakil British Geological Survey
Cawangan Ekonomi Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah membawa tiga ahli geologi dari British Geological Survey ke sebuah lombong pengambilan pasir binaan di bawah seliaan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. di Tanjung Dua belas, Kuala Langat.
Tujuan lawatan adalah bagi meninjau bagaimana perlombongan pasir dijalankan di Malaysia.

Sesi Libat-Urus Dapatan Laporan Komprehensif Siasatan Bencana Geologi Tanah Runtuh di Farther’s Organic Farm

Sesi Libat-Urus Dapatan Laporan Komprehensif Siasatan Bencana Geologi Tanah Runtuh di Farther’s Organic Farm
Sesi Libat-Urus Dapatan Laporan Komprehensif Siasatan Bencana Geologi Tanah Runtuh di Farther’s Organic Farm (Jalan Batang Kali-Genting Highland) Daerah Hulu Selangor, Selangor kepada pakar dan jemputan dari agensi teknikal, badan profesional dan industri berkaitan.
Jemputan: NADMA, JKR Cerun, JKR Selangor, JUPEM, Agensi Nuklear Malaysia, BMG, NRECC, BOG, IGM, GSM, MyGEO