Mersing, 22 Oktober 2019 - Jawatankuasa Promosi dan Pembangunan Mersing Geopark dengan kerjasama Pejabat Daerah Mersing, Majlis Daerah Mersing, Pusat Kejuruteraan Tropika (GEOTROPIK), UTM dan JMG Johor telah menganjurkan Seminar Mersing Geopark di Hotel Seri Malaysia Mersing, Johor yang telah dirasmikan oleh YB DUN Endau Puan Hajah Alawiyah bt. Talib.
PROGRAM BEBAS DADAH DI JMG JOHOR
Johor Bahru, 31 Oktober 2019 - JMG Johor telah berjaya mengadakan Program TEKAD (Tempat Kerja Bebas Dadah) baru-baru ini bagi usaha untuk mencegah dadah daripada masuk ke tempat kerja bagi mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Seramai 27 kakitangan telah menjalani ujian saringan urin dan keputusannya semua bebas daripada pengaruh dadah.
LATIH UJI SOP MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT DI JOHOR 2019
Pengerang, 6 November 2019 - Latih Uji SOP Mencegah Kebakaran Tanah Gambut 2019 Johor telah dilaksanakan di Kg. Dato' Abd. Ghani Othman, Teluk Ramunia, Pengerang berhampiran dengan telaga air tanah yang dibangunkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi iaitu Tuan Haji Farizal bin Ismail.
HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019
Johor Bahru, 20 Oktober 2019 - Satu Majlis Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Johor 2019 telah diadakan di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Mutiara Rini. Tema untuk majlis tahun ini ialah 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"dimana tujuan utama sambutan ini adalah menanamkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia.
BENGKEL KESEDARAN PENGURUSAN GUNA TANAH UNTUK PEMBANGUNAN DI MERSING GEOPARK
Mersing, 14 Oktober 2019 - Satu Bengkel Kesedaran Pengurusan Guna Tanah untuk Pembangunan di Mersing Geopark telah dianjurkan oleh PUSPANITA JMG Malaysia dan PSM JMG Malaysia dengan JMG Johor sebagai tuan rumah yang telah diadakan di Felda Residence Tanjung Leman Mersing pada 14 hingga 16 Oktober.