Johor Bahru, 12 September 2024 – JMG Johor telah mengadakan satu Majlis Perhimpunan Bulanan berserta Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Syahmi bin Mohamad diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Syed Sobri bin Syed Hassan dan bacaan ikrar Rukun Negara oleh Encik Nor Azizi bin Ahmad@Ahamot.
Baca selanjutnya
XPDC SAINTIFIK GUNUNG ARONG, MERSING
Mersing, 17 September 2024 - Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin menghadiri ‘flag off’ XPDC Saintifik Gunung Arong yang akan berlangsung dari 17.09.2024 hingga 21.09.2024. Majlis yang secara rasmi telah disempurnakan pelancarannya oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor berjalan lancar dengan turut dihadiri oleh ketua-ketua Agensi terlibat.
Baca selanjutnya
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE ATAS PEGAWAI DAERAH MERSING
Mersing, 11 September 2024 - Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin bersama dengan Timbalan Pengarah, Dr. Sia Say Gee telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah. Turut serta ialah Penolong Pegawai Daerah, Puan Noor Nabilah binti Masnawi dan Penolong Jurutera Kanan, En. Mohd Hasrul Fahmee bin Hashim.
Baca selanjutnya
KUNJUNGAN HORMAT DARI PERSATUAN KUARI JOHOR
Johor Bahru, 09 September 2024 - Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin menerima kunjungan hormat dari Persatuan Kuari Johor yang diketuai oleh Pengerusi iaitu Dato’ Sri Toh Keng Tiong dan beberapa wakil kuari antaranya Hanson Quarry, LLY Quarry dan Saroma Quarry.
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE ATAS PANGLIMA BRIGED KETUJUH INFANTRI MALAYSIA DI KEM MAHKOTA KLUANG, JOHOR
Kem Mahkota, Kluang, 03 September 2024 - Hari ini, Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin bersama dengan Timbalan Pengarah Sumber Mineral Dr Sia Say Gee telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia iaitu Brid Jen Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad di Kem Mahkota, Kluang, Johor.
© JMG
Responsive Joomla Templates by RSJoomla!