WARGA JMG JOHOR MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2022

WARGA JMG JOHOR MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2022
Tahun baru ibarat muka surat baru diatas sebuah kertas, dimana kita tuliskan segala yang indah dan bermakna dalam kehidupan kita pada masa akan datang. Selamat Tahun Baru 2022 dan semoga tahun ini menjadi tahun yang terbaik untuk kita semua. Ikhlas dari kami, Pengarah JMG Johor, Pengurusan Tertinggi & Warga kerja JMG Johor.

PEMBENTANGAN KONSULTAN BAGI PERMOHONAN SKSK DAN SKSPM

PEMBENTANGAN KONSULTAN BAGI PERMOHONAN SKSK DAN SKSPM

Johor Bahru, 07 Disember 2021 – Baru-baru ini, JMG Johor telah menganjurkan pembentangan bersama konsultan bagi permohonan surat kelulusan skim kuari (SKSK) dan surat kelulusan skim pengendalian melombong (SKSPM) bersama syarikat-syarikat kuari dan lombong di Johor. Pembentangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Baca selanjutnya

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 2021

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 2021

Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan yang beragama hindu. Semoga festival cahaya pada tahun ini akan menerangi kehidupan semua dengan keamanan, kemakmuran, kesihatan dan kegembiraan.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2021 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2021 JMG JOHOR

Johor Bahru, 28 Oktober 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 10/2021 dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh Pn. Yong Adilah bt. Mustafa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Baca selanjutnya