PERLAWANAN KAROM PERSAHABATAN

PERLAWANAN KAROM PERSAHABATAN

20 Januari 2022 (Rabu)

Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan telah mengadakan perlawanan karom persahabatan antara JMG Kelantan dan PPNK (Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan).

Perlawanan yang diadakan bertempat di Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan.

Keputusan telah menyebelahi JMG dengan mata 4-2.

Cenderahati telah disampaikan oleh Tuan Timbalan Pengarah PPNK iaitu Encik Dick Khuzairiry bin Mohamad.

Persaraan dan Pertukaran Kakitangan JMG Kelantan

Persaraan dan Pertukaran Kakitangan JMG Kelantan

KOTA BHARU, KELANTAN 18 Jun 2020 (Khamis) – JMG Kelantan telah mengadakan majlis perpisahan bagi meraikan persaraan dan pertukaran kakitangan JMG Kelantan Iaitu En Mohd Noor bin Jusoh Gred C26, bersara pada 13 Januari2020, En Nordin bin Safaai gred C22 H14, bersara pada 14 Mei 2020 dan En Mohd Apendi bin Yusof gred H14, bersara pada 12 Jun 2020) manakala En Muhammad Nur Hafiz bin Ali gred C22 bertukar pada 23 April 2020 ke JMG Selangor/W.Persekutuan

 

MAJLIS AIDILFITRI PERINGKAT WISMA PERSEKUTUAN

MAJLIS AIDILFITRI PERINGKAT WISMA PERSEKUTUAN

KOTA BHARU, KELANTAN 26 JUN 2019 (RABU) –  Wisma Persekutuan Kota Bharu telah mengadakan Majlis Aidilfitri peringkat Wisma Persekutan dimana penyertaan adalah terdiri daripada agensi-agensi persekutuan yang bernaung dibangunan wisma. Malis sambutan ini merupakan salah satu acara yang diadakan setiap tahun. JMG Kelantan tidak ketinggalan untuk menyertai majlis ini bagi memeriahkan lagi acara.  Sambutan seperti ini merupakan kesempatan terbaik untuk mengeratkan lagi semangat perpaduan dan kekitaan dikalangan agensi yang berteduh di bangunan wisma ini. Pelbagai juadah tersedia untuk dinikamati bersama-sama.

Baca selanjutnya

LAWATAN TEKNIKAL KE TAPAK PENGGERUDIAN BATUAN SILIKA

LAWATAN TEKNIKAL KE TAPAK PENGGERUDIAN BATUAN SILIKA

GUA MUSANG, KELANTAN 29 MEI 2019 (Rabu) –  Unit Sumber Mineral JMG Kelantan telah mengadakan lawatan teknikal ke tapak penggerudian Batuan Silika di Sg Kelahok, Lojing Gua Musang. Lawatan ini telah disertai oleh 18 orang peserta yang melibatkan JMG seluruh Malaysia dengan tujuan memberi pendedahan secara umum berkenaan penggerudian batuan silika.  Batuan silika terdapat dibeberapa negeri di Malaysia iaitu di Perak, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.  Penggerudian telah dilakukan secara kaedah penggerudian condong (inclined) 55⁰

Baca selanjutnya

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL QURAN JMG KELANTAN

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL QURAN JMG KELANTAN

KOTA BHARU, 30 MEI 2019 (Khamis) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Kelantan telah mengadakan program tadarus Al Quran disepanjang bulan Ramadan 1440H dan kemucak program ini, pada 30 Mei, JMG Kelantan telah mengadakan majlis khatam Al Quran. Program tadarus Al Quran ini telah melibatkan semua kakitangan di JMG Kelantan. Objektif program bagi mengeratkan hubungan silatulrahim sesama kakitangan dan penghayatan aktiviti di bulan Ramadan berjaya dicapai

Baca selanjutnya

PENYEMPURNAAN PERASMIAN TELAGA TIUB MASJID TENGKU AZIZA OLEH YMM TENGKU ANIS BINTI TENGKU ABDUL HAMID, RAJA PEREMPUAN KELANTAN

PENYEMPURNAAN PERASMIAN TELAGA TIUB MASJID TENGKU AZIZA OLEH YMM TENGKU ANIS BINTI TENGKU ABDUL HAMID, RAJA PEREMPUAN KELANTAN

 

KOTA BHARU, KELANTAN 14 JUN 2019 (Jumaat) –  Raja Perempuan Kelantan, YMM Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid telah berkenan merasmikan Telaga Tiub Masjid Tengku Aziza Melor, Kota Bharu Kelantan. Telaga tiub ini telah dibina oleh Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan bagi keperluan ahli Jemaah Masjid Tengku Aziza. Selaku Penaung Masjid Tengku Aziza,  baginda bertitah dan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengarah dan JMG Kelantan di atas keprihatinan  dan segala usaha dalam menyediakan sebuah telaga tiub bagi keperluan ahli Jemaah Masjid Tengku Aziza

Baca selanjutnya

KUNJUNGAN RASMI TKP(O) KE JMG KELANTAN

KUNJUNGAN RASMI TKP(O) KE JMG KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN 16 Jun 2019 (Ahad) –  JMG Kelantan telah menerima kunjungan rasmi TKP(O) YBrs Tuan Haji Mohd Zukeri bin Ab Ghani, Timbalan Ketua Pengarah, Operasi.  Kunjungan ini merupakan sesi lawatan rasmi ke seluruh JMG negeri sebelum beliau bersara wajib pada bulan Julai nanti. JMG kelantan dan semua warga JMG kelantan telah berbesar hati menerima kunjungan beliau dan meraikan beliau disatu majlis yang diadakan khas. Perjumpaan ini diadakan di bilik mesyuarat JMG Kelantan, Wisma Persekutuan Kota Bharu.

Baca selanjutnya

SOLAT HAJAT MEMOHON HUJAN DAN MAJLIS MERAIKAN AJK TANAH GAMBUT

SOLAT HAJAT MEMOHON HUJAN DAN MAJLIS MERAIKAN AJK TANAH GAMBUT

BERIS LALANG, BACHOK, KELANTAN 16 APRIL 2019 (SELASA) – Para penduduk Beris Lalang dan Be’oh Bachok telah mengadakan program solat hajat memohon hujan dan majlis meraikan AJK Tanah Gambut. Program ini merupakan anjuran ADUN Jelawat dan mendapat  kerjasama dari Jabatan Alam Sekitar (JAS). ADUN Jelawat, iaitu YB Haji Abdul Azziz Bin Kadir turut sama hadir.  Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kelantan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  dan beberapa agensi kerajaan yang lain  turut sama dijemput bagi menjayakan program ini.

Solat hajat berkenaan dirancang bagi memohon hujan supaya keadaan kebakaran gambut di Kampung Beris Lalang, Be’oh dan kampung-kampung sekitar dapat dikawal sepenuhnya berikutan keadaan kemarau yang berpanjangan.  Kebakaran tanah gambut ini telah banyak memusnahkan harta benda dan tanam-tanaman penduduk.  JMG Kelantan, JAS, BOMBA dan JPS telah bertungkus lumus dalam operasi memadam kebakaran supaya tidak berlarutan.

Baca selanjutnya

LAWATAN PEMERIKSAAN BERSEPADU PENGARAH JMG KELANTAN DAN PENGARAH JAS KELANTAN KE LOMBONG MANGAN DI ARING 5 GUA MUSANG

LAWATAN PEMERIKSAAN BERSEPADU PENGARAH JMG KELANTAN DAN  PENGARAH JAS KELANTAN KE LOMBONG MANGAN DI ARING 5 GUA MUSANG

GUA MUSANG, KELANTAN 2 APRIL 2019 (SELASA) - Pemeriksaan bersepadu agensi teknikal telah dibuat ke atas lombong mangan di Aring 5, Gua Musang pada 2 April 2019. Agensi teknikal yang terlibat terdiri daripada Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan diketuai oleh Pengarah JMG Kelantan, Tuan Hj. Che Abdul Rahman bin Jaafar dan Jabatan Alam Sekitar Kelantan diketuai oleh Pengarah JAS Kelantan, Encik Hamzah bin Mohamad. Lawatan ini bertujuan memantau operasi perlombongan mangan dan kesannya terhadap pencemaran sungai-sungai yang terletak berhampiran dengan aktiviti perlombongan tersebut. Hasil daripada lawatan dan pemerikasaan tersebut beberapa arahan lisan telah dikeluarkan kepada pihak pelombong bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang semasa yang dikuatkuasakan

Baca selanjutnya