KOTA KINABALU, SABAH (2 MEI 2018) : RABU, Badan Kebajikan Kakitangan Islam, JMG Sabah (BKKI) diwakili oleh En. Herorisan bin Paruka selaku Bendahari BKKI telah menyampaikan cenderakenangan daripada warga BKKI kepada En. Mohd. Shafreen bin Mad Isa yang akan bertukar tempat bertugas ke JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang pada Mei 2018 ini. BKKI JMG Sabah amat menghargai segala kerjasama beliau selama bersama dengan BKKI JMG Sabah. En. Mohd Shafreen memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Biro Ilmu.
PERASMIAN PELANCARAN SAMBUTAN KAAMATAN 2018
KENINGAU, SABAH (1 MEI 2018) : SELASA, Kerajaan Negeri Sabah telah menganjurkan Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri bertempat di Padang Bandaran Keningau pada hari ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin.
SELAMAT HARI PEKERJA 2018
SALAM NISFU SYA'ABAN
KOTA KINABALU, SABAH (1 MEI 2018) : SELASA, Badan Kebajikan Kakitangan Islam, JMG Sabah mengucapkan Salam Nisfu Syaaban 1 Mei 2018 bersamaan 15 Sya'aban 1439H buat seluruh warga JMG Sabah dan JMG Malaysia yang beragama Islam. Tinggal 15 hari lah Ramadhan akan menjelma. Semoga dengan ini kehidupan kita semua warga JMG Sabah akan lebih baik daripada yang sebelumnya. Sama-sama lah kita beramal selain mencari ilmu dunia juga kita mengejar dan mencari ilmu akhirat.
MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN RAKAN SEJAWAT (EN. ADYREAN EDERO JINGKAH & PASANGAN PN. MEI LING)
Dua orang yang saling mengasihi dan telah melalui celah dan perkara yang paling mendalam seperti kehidupan, cinta dan kebahagiaan akhirnya bersatu pada 28 April 2018 (Sabtu). Bahagian paling penting perkahwinan ini adalah majlis pemberkatan pernikahan yang bertempat di Basel Christian Church of Malaysia, Bukit Giling, Tuaran dan diteruskan majlis jamuan di Vinusak Room, Level 3, Grand Borneo Hotel, 1Borneo, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu.
Majlis ini diberi penghormatan dengan kehadiran keluarga dan rakan-rakan pengantin yang datang dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama. Beberapa kakitangan JMG Sabah turut hadir memeriahkan majlis perkhawinan ini. Majlis diserikan dengan tetamu yang menyampaikan lagu-lagu secara karaoke, persembahan beatbox, acara memotong kek dan persembahan tarian panama dari anak-anak buah/saudara pengantin. Secara keseluruhannya majlis berjalan dengan lancar. Semoga tahun-tahun akan datang dipenuhi dengan kegembiraan yang berkekalan. Tahniah!.