KOTA KINABALU, 02 OGOS 2018 – Dari kiri YBrs. Tuan Pengarah JMG Sabah Encik Mohd. Yusop bin Ramli, Pengurus Produk Kanan, Encik Julinus Jimit dan pembantu beliau Encik Dexter Randy wakil dari Lembaga Pelancongan Sabah (Bahagian Produk Pelancongan). Ketua Aktiviti Geowarisan, Encik Farid Zainudin dan Pegawai Geosains UPLK, Encik Aidil Arnolous Rema.
BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) PENYEDIAAN DESKRIPSI TUGAS (JOB DESCREPTION –JD) JMG
ALOR GAJAH, MELAKA (28 JULAI 2018) : SABTU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah meNgadakan satu bengkel bagi tujuan membincangkan berkaitan deskripsi tugas semua kakitangan JMG. Bengkel ini diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Teknologi (Create) di Alor Gajah, Melaka selama 3 hari bermula pada 28 Julai 2018 dan berakhir pada 30 Julai 2018.
MESYUARAT, TAKLIMAT DAN SEMAKAN TUNTUTAN PROJEK PBRC JMG
KUALA LUMPUR (26 JULAI 2018) : KHAMIS, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah megadakan satu mesyuarat bagi membincangkan berkaitan projek PBRC. Penyelaras bagi projek ini adalah En. Zamri bin Ramli. JMG Sabah turut dihadiri oleh Dr. Frederick F. Tating bagi membentangkan projek PBRC di JMG Sabah.
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah
PENAMPANG, SABAH (6 OGOS 2018) : ISNIN, Kerajaan Negeri Sabah telah menganjurkan satu majlis pelancaran bulan kemerdekaan dan kempen kibarkan jalur gemilang peringkat negeri Sabah bertempat di perkarangan Bangunan Wisma Majlis Daerah Penampang pada pagi ini bermula pada jam 9.00 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah.
MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK PEMBANGUNAN SUMBER MINERAL BIL.2/2018
KOTA BAHRU, KELANTAN (11 JULAI 2018) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan satu penyelarasan projek pembangunan sumber mineral bil.2/2018 bertempat di Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan bermula pada 10 Julai 2018 hingga 12 Julai 2018.