KOTA KINABALU, SABAH (28 SEPTEMBER 2018) : JUMAAT, Seperti bulan-bulan yang sudah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah akan mengadakan satu perhimpunan setiap bulan dan pada kali ini Perhimpunan Bulanan Bil.9/2018 dianjurkan oleh Unit Sumber Mineral, JMG Sabah. Perhimpunan ini diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada 28 September 2018 hari Jumaat jam 830 pagi.
NATIONAL WATER BALANCE MANAGEMENT SYSTEM (NAWABS)
KOTA KINABALU, SABAH (18 SEPTEMBER 2018) : SELASA, EnviroEquip Sales & Rental (M) Sdn Bhd kerjasama JMG Sabah telah mengadakan satu taklimat berkaitan produk solints bagi kegunaan projek NAWABS. Taklimat ini disampaikan oleh wakil daripada syarikan tersebut. Semua kakitangan Unit Geosains Aktiviti Hidrogeologi terlibat dalam taklimat ringkas ini. Taklimat ini diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu JMG Sabah pada 18 September 2018 hari Selasa jam 2.00 petang.
GOTONG ROYONG PERDANA JMG SABAH BIL. 2/2018
KOTA KINABALU, SABAH (01 OKTOBER 2018) : ISNIN, Jawatankuasa Keceriaan dan Keindahan Pejabat, JMG Sabah yang dipengerusikan oleh En. Mazuan bin Roslan telah mengadakan satu gotong royong perdana pada hari ini 01 Oktober 2018 (Isnin). Sebelum ini gotong royong warga JMG Sabah telah diadakan pada hari Isnin bertarikh 07 Mei 2018.
TAKLIMAT “GOLD & MONETARY AND INVESTMENT IN GOLD MINING”
W.P. PUTRAJAYA (29 SEPTEMBER 2018) : SABTU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Cawangan Penyelarasan Pelaksanaan Operasi (PPO) bersama Board of Geologist telah mengadakan satu taklimat yang bertajuk “Gold & Monetary and Investment in Gold Mining” di Bilik Mesyuarat Garnet, Aras 8, Ibupejabat JMG Malaysia pada jam 11.00 pagi bertarikh 28hb September 2018 hari Jumaat.
TAKLIMAT ESRI MALAYSIA’SS ARCGIS TECHNOLOGY UPDATE 2018
KOTA KINABALU, SABAH (29 SEPTEMBER 2018) : SABTU, Syarikat Earth Info Sdn. Bhd. Telah mengadakan satu seminat bertajuk ESRI Malaysia’s ArcGis Technology Update 2018 di Sabah Computer Society Training Centre, Asia City, Kota Kinabalu pada 27hb September 2018 hari Khamis.