KUNDASANG (24 FEB 2021) : Satu lawatan tapak telah dijalankan di tapak tanah Kampus Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah di Mesilou, Kundasang, Ranau oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Sabah bersama rombongon JPSM Sabah. Rombongon JMG Sabah adalah diketuai oleh pengarah, Encik Jontih Enggihon yang disertai oleh Ahli Geologi, Encik Bailon Golutin dan dibantu oleh Encik Harry Jenyrius Majin.
MESYUARAT PEMBANGUNAN JMG SABAH BIL 1/2021
KOTA KINABALU, SABAH (23 FEBRUARI 2021): SELASA, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah mengadakan Mesyuarat Pembangunan Bil. 1/2021 di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah.
MESYUARAT UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH BIL 2/2021
KOTA KINABALU, SABAH (17 FEBRUARI 2021): RABU, Unit Pengurusan Maklumat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah mengadakan Mesyuarat UPM Bil. 2/2021 secara online melalui Video Conference Icewarp8 di tempat masing-masing.
TANAH RUNTUH DI TAMAN KINABALU
RANAU (23 JAN 2021) : Hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lalu mengakibatkan kejadian tanah runtuh di kawasan parkir Restoran Panataran, Taman Negara Kinabalu, Kundasang.
BENGKEL PENGGUNAAN SISTEM MyMesyuarat 2.0 DALAM PENYEDIAAN DAN PENILAIAN SEBUTHARGA/TENDER SECARA GOOGLE MEET
ONLINE JMG SABAH (15 FEBRUARI 2021) : Unit Pengurusan Maklumat telah menganjurkan bengkel penggunaan sistem MyMesyuarat bagi persediaan dalam penyediaan dan penilaian sebutharga/tende kelak. Seramai 20 peserta melibatkan kakitangan JMG Sabah dari pelbagai gred dan peranan dalam sebutharga A/B/tender terutama keanggotaan sebagai Urusetia/Setiausaha telah hadir dengan jayanya bengkel secara atas talian dari pejabat atau kediaman masing-masing.
Inti pati bengkel mendedahkan peserta agar dapat memastikan semasa tempoh PKP, proses perolehan (sebutharga dan tender) dapat diteruskan walaupun sedang BDR mengikut tatacara yang betul semasa menggendali maklumat terhad/sulit di atas talian. Medium yang akan digunakan adalah internet, perisian VC, sistem mesyuart online dan sistem ePerolehan itu sendiri. Terdapat tiga peranan utama iaitu urusetia (SH/Tender), setiausaha (SH/Tender) dan pentadbir sistem yang akan menggunakan sistem ini semasa mesyuarat dilaksanakan. Penggunaan sistem MyMesyuarat ini juga dapat menyokong tujuan baik kerajaan mengurangkan penggunaan kertas (paperless) di masa hadapan.