Sesi taklimat berkenaan cara penggunaan peralatan "Drone" telah diadakan di Bilik Kuarza JMGSWP pada 20 Februari 2018 oleh Unit Geosains bagi tujuan memperkenal dan melatih warga JMGSWP dalam kemahiran pengendalian peralatan canggih masa kini.
Shah Alam 14 Februari 2018, Mesyuarat Pembangunan JMGSWP Bil. 1/2018 telah diadakan bagi membincang dan menguruskan projek dan aktiviti jabatan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2018.
JMGSELWP 13 Februari 2018, satu "Kaji Selidik Mengenai Persepsi Orang Awam Terhadap Aktiviti Penguatkuasaan Trafik di Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2018" telah diadakan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada warga JMGSWP.
JMGSWP 12 Februari 2018, ceramah "Penerangan Kesedaran Pengurusan Haji Mabrur" telah disampaikan oleh wakil dari ETIQA TAKAFUL di mana taklimat dan nasihat berkaitan simpanan pelaburan yang lebih bijak dan halal diperkenalkan kepada warga JMGSWP.
Banting, 10 Februari 2018, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Labohan Dagang telah mengadakan Majlis Sambutan Jubli Emas 100 Tahun Kg. Labohan Dagang. Sempena majlis sambutan tersebut Pn. Mazatul Akmar bt. Aros telah dianugerahkan dengan Anugerah Khidmat Cemerlang di atas sumbangan bakti beliau dan JMGSWP terhadap pembangunan Kampung Labohan Dagang. Tahniah Pn. Mazatul.
© JMG