JMG TERENGGANU DIJEMPUT SEBAGAI PANEL PENILAI BAGI PROGRAM UMT UNDERGRADUATE RESEARCH DAY 2018.

JMG TERENGGANU DIJEMPUT SEBAGAI PANEL PENILAI BAGI PROGRAM UMT UNDERGRADUATE RESEARCH DAY 2018.

Kuala Nerus, 16 Mei 2018(Rabu)- Hari ini UMT mengadakan program Undergraduate Research Day di Dewan Sultan Mizandan wakil JMG Terengganu dijemput sebagai panel penilai.

Selain itu, program ini akan melibatkan pameran dan pembentangan poster projek penyelidikan oleh mahasiswa/i tahun akhir di UMT serta akan menjalani proses penilaian yang akan dijalankan pada hari tersebut dan akan menyumbang kepada markah penilaian bagi subjek Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA).

Tujuan program ini diadakan untuk memberi peluang kepada mahasiswa/i UMT berkongsi hasil penyelidikan yang telah dijalankan sebelum ini kepada masyarakat luar terutama pelajar-pelajar sekolah dan juga kepada industri yang berkaitan. Program ini juga merupakan satu medium untuk memperkenalkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan menonjolkan aset universiti kepada masyarakat luar.

 

blog 88

 

blog 87

MAJLIS AMANAT KSN BERSAMA PENJAWAT AWAM

MAJLIS AMANAT KSN BERSAMA PENJAWAT AWAM

Kuala Terengganu 2 Mei 2018 - Majlis Amanat KSN bersama Penjawat Awam Terengganu  yang dihadiri lebih 2,000 kakitangan awam di Wisma Darul Iman.  Dua orang wakil JMG Terengganu turut hadir yang diwakili oleh En. Che Aziz Che Soh,Timbalan Pengarah, En Norzuhairil Zubir, Pegawai Geosains Kanan.

Melalui perjumpaan itu Dr Ali  memberi penerangan tentang pencapaian negara keseluruhan secara berfakta dan manfaat diperolehi rakyat bagi memberi kefahaman kepada kakitangan awam.

Beliau berkata,  Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam landasan betul dengan pencapaian negara sama ada aspek pembangunan, ekonomi mahupun sosial  begitu memberangsangkan.

“Tiada sesiapa yang teringgir atau tertinggal dalam pembangunan negara. Kalau kita lihat dalam bajet tahun 2018 semua kumpulan sasar dapat manfaat daripada kerajaan.

“Agihan hasil negara juga menyeluruh kepada semua pihak. Hasil yang dipungut dari GST, LHDN, Kastam sebenarnya diagihkan semula kepada rakyat melalui BRIM dan peruntukan dalam sektor seperti pendidikan dan kesihatan,” katanya.

MESYUARAT BENGKEL GEOPARK TASIK KENYIR

MESYUARAT BENGKEL GEOPARK TASIK KENYIR

kUALA TERENGGANU 7 MEI 2018- Satu Mesyuarat mengenai bengkel  Geopark Tasik Kenyir telah diadakan di UMT. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pengarah UPEN Tuan Haji Rosman Bin ROslan ,pihak UMT dan Pengarah JMG Terengganu Azemi Bin Haji Eki. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan mengenai bengkel Geopark Tasik Kenyir yang bakal diadakan pada awal Julai nanti.

BENGKEL mySPATA FASA II– ASET TAK ALIH DI AKMAL CAWANGAN TIMUR, KELANTAN

BENGKEL mySPATA FASA II– ASET TAK ALIH DI AKMAL CAWANGAN TIMUR, KELANTAN

Rantau Panjang, 2 Mei 2018 – Seramai 2 orang kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Terengganu telah menghadiri kursus bertajuk Bengkel MySpata fasa II – Aset Tak Alih bertempat di Akademi Kastam Diraja Malaysia(AKMAL) Wilayah Timur dari 2- 4 Mei 2018.

Bengkel yang memberi tumpuan berkenaan pengurusan aset tak alih ini bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan berhubung subjek di atas. Bengkel ini dikendalikan oleh pegawai dari Kementerian Sumber Asli Dan Alam sekitar

Di antara pengisian bengkel ini adalah pengenalan konsep pengurusan aset tak alih kerajaan, pemahaman mengenai prosedur sistem kod dan dokumentasi pengumpulan data aset tak alih kerajaan.

Semoga seluruh 36 orang kakitangan yang terlibat dalam bengkel ini akan dapat menimba sebanyak mungkin maklumat yang disampaikan agar dapat diimplementasikan di jabatan masing-masing kelak.

 

blog 84

blog 83

SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Kuala Terengganu, 1 Mei 2018(Selasa) - Tarikh 1 Mei merupakan tarikh yang penuh makna bagi pekerja di seluruh dunia kerana pada tarikh tersebut diumumkan sebagai Hari Pekerja bagi meraikan semua pekerja di seluruh dunia. Tema Hari Pekerja negara pada tahun 2018 ialah Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara' telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Februari lepas. Bertempat di Stadium Tertutup Negeri Terengganu pagi ini, telah diadakan sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Terengganu yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia,Terengganu turut sama meraikan Hari Pekerja itu dengan menghantar wakil seramai 10 orang staf dan pegawai bagi menghadiri majlis yang menghimpunkan seramai 5,000 orang pekerja dari seluruh negeri Terengganu.