16 Januari 2019 – Satu perjumpaan telah diadakan bersama TPSM, En. Che Aziz Bin Che Soh bersama Ketua Penolong Pengarah Kerja Raya, Ir. Azhar Bin Mustapha bertempat di pejabat JKR Negeri Terengganu, tingkat 11 Wisma Negeri. Perbincangan tertumpu kepada projek pembinaan pejabat JMG Negeri Terengganu yang baru.
CERAMAH BERKENAAN ZAKAT YANG DISAMPAIKAN OLEH MAIDAM TERENGGANU
21 Januari 2019 – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah dijemput supaya memberi taklimat zakat bertempat di bilik mesyuarat Kasiterit. Taklimat ini melibatkan seramai 22 orang pegawai dan kakitangan JMG Terengganu. Pegawai dari pusat urusan zakat MAIDAM telah menyampaikan taklimat tersebut. Para hadirin didedahkan mengenai kaedah taksiran zakat harta terutamanya zakat pendapatan. Di akhir taklimat, pegawai dan kakitangan JMG Terengganu telah diberi kesempatan untuk mendaftar terus bagi membuat pembayaran zakat melalui potongan gaji. Semoga dengan perkongsian taklimat zakat akan memberikan kesedaran yang berguna serta mendapat keberkatan dalam menunaikan zakat.
SELAMAT DATANG KEPADA PENGARAH BARU, WAN SAIFULBAHRI BIN WAN MOHAMMAD
2 Januari 2019 - Kami Pegawai dan Kakitangan JMG Terengganu mengalu-alukan kedatangan pengarah baru, Tuan Wan Saifulbahri Bin Wan Mohammad yang telah melapor diri di pejabat ini pada 02 Januari 2019 lalu. Kami berharap dengan kehadiran Tuan dipejabat ini akan dapat mentransfomasi budaya kerja ke arah yang lebih cemerlang.
MAJLIS MAKAN TENGAH HARI KESKET DAN PERTUKARAN PENGARAH
MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT ANJURAN KESKET
12 Disember 2018 - Majlis bacaan yassin dan doa selamat telah diadakan di Pejabat JMG Terengganu. Majlis ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim sesama pegawai dan kakitangan disamping menghadiahkan doa-doa kepada kedua ibubapa, sanak-saudara, anak-anak dan sahabat-handai sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh mereka dalam golongan hambaNya yang beriman.
PROGRAM UJI CUBA INFRASTRUKTUR TANAH GAMBUT
Besut, 9 Oktober 2018 – Satu program uji cuba infrastruktur tanah gambut telah diadakan di Pejabat Majlis Daerah Besut. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman agensi kerajaan dan orang awam berkaitan program pencegahan kebakaran tanah gambut dan hands on pengenalan kepada fasiliti mencegah kebakaran tanah gambut.
SUKAN KESKET: PASUKAN MANA JUARA TAHUN 2018?
Sekalung tahniah buat Kelab Sukan Dan Kebajikan JMG Terengganu (KESKET) kerana berjaya menganjurkan sukan dalaman bermula pada 1-4 Oktober 2018. Antara sukan-sukan yang dipertandingkan seperti dart, congkak, kerom, pingpong, badminton dan futsal. Sambutan menggalakkan telah diberikan oleh warga JMG Terengganu…syabas.
LAWATAN TKP (KEM) KE PEJABAT JMG NEGERI TERENGGANU.
Kuala Terengganu, 26 Ogos 2018 – Sukacita pada hari ini TKP (KEM), En. Kamal Bin Daril telah melakukan lawatan kerja ke Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains, Negeri Terengganu.
COASTAL MANAGEMENT IN TERENGGANU
Kuala Terengganu, 9 Julai 2018 – Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Terengganu telah menerima empat (4) pelawat dari Royal Thai Department Of Marine and Coastal Resources (DMCR) dan seorang (1) dari Department Of Mineral Resources (DMR).
SAMBUTAN AIDILFITRI 2018 DAN MAJLIS PERTUKARAN
Kuala Terengganu, 5 Julai 2018 - JMGTGG telah mengadakan Majlis Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri dan pertukaran Pn. Juliana Bt Husin. Majlis Sambutan Aidilfitri diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran para wakil jemputan. Pn. Juliana yang telah berkhidmat di JMG Terengganu selama 5 tahun akan menyambung perkhidmatannya di Pejabat Tanah dan Galian, Negeri Terengganu.