ZIARAH RAMADHAN
Tiada yang lama..
tiadalah yang baru..
Ziarah dan Infaq Ramadhan 1443H KEKSKET anjurkan
Semoga semua peroleh keberkatan.
Ramadhan hampir berlalu pergi..
Syawal pasti munculkan diri..
Ukhwah terjalin jasa dihargai..
Tanda ingatan kekal abadi..
Alhamdulillah, sempena Ramadhan yang mulia ini, KESKET telah mengadakan program Ziarah Ramadhan pada 24 Mei 2022 bersamaan ke rumah2 kakitangan JMG yang telah lama bersara serta kerumah ahli keluarga kakitangan yang keuzurunan.
Selain bertanya khabar berita, mengeratkan ukhwah kakitangan lama dan baru, KESKET turut menyampaikan Infaq Ramadhan yang disumbangkan oleh semua ahli2 tanda mensyukuri nikmat dan berkongsi rezeki sesama insan2 yang memerlukan dan
Terima kasih kpd semua ahli semoga kita sentiasa dalam keberkatan dan rahmat Illahi.
Ziarah Ramadhan KESKET
En A. Rashad bin Mohamed – Bekas Pembantu Geosains Kanan
Puan Sharifah Jum – Bekas Pembantu Tadbir
En (Pok Mad – Bekas Pekerja Sambilan
Puan Lijah binti Ahmad - Ibu Ahli
Puan Asiahbinti Muhammad - Ibu Ahli
kredit kepada AJK KESKET
GOTONG ROYONG PERDANA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 10/2021 JMG TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 27 Oktober 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 10/2021 JMG Terengganu telah diadakan secara hibrid sebagai langkah berjaga-jaga dalam mengekang penularan Covid-19 di kalangan kakitangan jabatan.
Majlis yang dipengerusikan oleh En. Khairul Nazri ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Zamri Ismail dan diikuti dengan lafaz ikrar integriti perkhidmatan awam yang diketuai oleh En. Hasrulzamani. Perutusan pengarah kemudiannya telah disampaikan oleh En. Hamlee Ismail (Timb. Pengarah SM) selaku wakil Pengarah JMG Terengganu yang tidak dapat menyertai perhimpunan kerana menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur. Penyampaian sumbangan kepada ahli KESKET yang telah dimasukkan ke hospital dan juga kematian ahli keluarga turut dilakukan.
Beberapa siri ceramah daripada pihak CUEPACSCARE, Agensi Kaunseling dan Perkhidmatan Kredit (AKPK) dan Prudential Takaful BSN turut diadakan untuk melengkapkan pengisian majlis perhimpunan bulanan ini.
PROGRAM PENDAKIAN BUKIT BESAR (HARI SIHAT KESKET JMG TERENGGANU)
Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKET) JMG Terengganu telah menganjurkan satu program pendakian ke Bukit Besar, Kuala Terengganu bersempena dengan Hari Sihat KESKET. Program ini bertujuan memupuk semangat di kalangan kakitangan JMG Terengganu untuk mengamalkan cara hidup sihat setelah hampir setahun di belenggu oleh perintah kawalan pergerakan (PKP). Kelonggaran yang diberikan untuk membenarkan aktiviti riadah dilakukan semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 berdasarkan SOP yang ditetapkan telah dimanfaatkan oleh KESKET.
Pendakian berjarak 1.83 km ke puncak Bukit Besar yang berketinggian 152 m ini telah disertai seramai 11 orang ahli KESKET. Pendakian naik dan turun Bukit Besar telah mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Di sepanjang perjalanan tersebut, ahli KESKET telah diberikan penerangan oleh Encik Khairul Anuar selaku ketua pendakian berkenaan dengan Bukit Besar.
Penganjuran aktiviti sebegini diharapkan akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan semoga terus mendapat sambutan yang mengalakkan daripada ahli KESKET.