GEOTAPAK

GEOTAPAK

Geotapak (geosite) ialah tapak atau kawasan yang mengandungi ‘bahagian daripada permukaan bumi yang mempunyai warisan saintifik bernilai tinggi’. Kami di Malaysia memulakan kajian mengenai geotapak pada 1996, untuk menentukan, menciri dan menilai ‘sumber bumi baharu’ ini bagi tujuan pemuliharaan dan pembangunan lestari. Pendekatan ini menyampang daripada amalan ahli geologi lazim yang memberikan tumpuan kepada ‘nilai eksploitatif sember bumi’. Kami memperkenalkan istilah geokepelbagaian, geotapak, geopemuliharaan, geopelancongan, dan geopark. Seperti biasa, mereka memberikan tumpuan kepada ‘geopark’, tetapi mengabaikan pembangunan geotapak. Walhal, inilah binaan asas untuk geopemuliharaan, geopelancongan dan geopark! Geotapak dinilai berasaskan warisan saintifik (sebahagian daripada warisan budaya - pembangunan ilmu). Ia dikelaskan kepada 5 komponen asas: 1. Minerals - komponon asas dalam pembentukan batuan, ada yang biasa dan ada yang langka, ada yang terhablur lengkap menunjukkan nilai estetik tinggi. Berlian adalah mineral! 2. Batuan - bahan yang membentuk permukaan bumi (litosfera). Pelbagai jenis, pelbagai cara pembentukannya, dan pelbagai usia. Batuan adalah dasar kehidupan - terurai membentuk tanah, sesuai untuk hidupan dan ketamadunan manusia. Pernahkah anda mendengar istilah ‘Kitar Batuan’? 3. Fosil - hidupan purba, sebahagian besar telah pupus. Dunia dihuni oleh pelbagai hidupan kompleks telah berada di permukaan bumi sejak lebih 600 juta tahun lepas. Hidupan berkembang dan pupus beberapa kali, tinggalan di dalam batuan dipanggil fosil. 4. Struktur Geologi - batuan membentuk struktur seperti perlipatan, sesaran dan pelbagai bentuk aneh. Ia hasil ‘proses tektonik’ (mampatan, regangan dan pengangkatan) dalam masa yang panjang. Kadang kala ia menghasilkan ‘lukisan indah oleh proses alam’. 5. Landskap (atau rupabumi) - gunung, gaung, sungai, dataran dan lembah. Pembentukannya berlaku dalam masa panjang oleh proses dalaman (tektonik) dan proses luaran (luluhawa, hakisan). Bentuk rupabumi yang unik dan menakjubkan dilihat sebagai ‘keindahan alam yang menimbulkan rasa kekaguman dan inspirasi’. Landskap adalah satu daripada komponen geotapak yang dihargai dan sering dipulihara.

GUNUNG TEBU ECOFEST 2023

GUNUNG TEBU ECOFEST 2023

25-26 Ogos 2023 JMG Terengganu telah menyertai Pameran & Program Karnival "Gunung Tebu Ecofest 2023" bagi projek Pembangunan Model Skim Perhutanan Masyarakat menerusi Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBET) ke arah peningkatkan pendapatan Masyarakat Luar Bandar di Taman Eko-Rimba Lata Belatan, Besut Terengganu anjuran FRIM. Acara ini dianjurkan bagi mempromosikan produk-produk pelancongan setempat disamping menyemarakkan lagi tarikan pengunjung tempatan dan antarabangsa terjadap daerah Besut dan negeri Terengganu secara keseluruhannya. YB Dr Azman bin Ibrahim Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi merangkap EXCO Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, mewakili YAB Menteri Besar Terengganu merasmikan program & melawat ke booth pameran. Festival ini berlangsung selama 2 hari padat dengan program dan acara kebudayaan dan rekreasi luar seperti persembahan permainan gasing tradisional,pertandingan wau cantik,persembahan beruk panjat kelapa,persembahan burung dan persembahan aktiviti tali ‘ fliying fox & abseiling yang tamat pada hari pertama. Pada hari kedua pula dipadatkan dengan acara motocross/cubcross fun trail, pertandingan kutip sampah trail Gunung Tebu. Acara sukaneka kategori kanan-kanak (mewarna,music chair dan Tarik tali). Acara suka rakyat seperti tarik tali,tarik upih, kukur kelapa,pertandingan memasak,congkak, bola kaki tiga dan persembahan silat. Festival ini tamat pada sebelah malam hari kedua dengan persembahan dikir barat.

KENYIR GEOPARK

KENYIR GEOPARK

Kenyir Geopark dengan keluasan 2,449 kilometer persegi meliputi sebahagian daerah Hulu Terengganu dengan bilangan penduduk seramai 16,119 orang yang dibentuk oleh pelbagai jenis batuan, mineral, struktur, landskap dan fitur geologi unik hasil daripada proses geologi yang berlaku kira-kira 360 juta tahun yang lalu. Geopark ini mengandungi 15 geotapak (1 bertaraf antarabangsa, 2 bertaraf kebangsaan dan 12 bertaraf tempatan), 10 biotapak,11 tapak budaya dan 1 tapak geoarkeologi. Antara nilai utama yang menjadi kebanggaan Terengganu adalah ciri-ciri utama morfologi karst Bukit Bewah yang wujud di atas tasik yang berwarna kehijauan yang memberikan nilai estetika yang tinggi. Kewujudan pelbagai jenis fosil marin terutama Shikamaia Sp. (kerang gergasi) berusia 250 juta tahun di dinding batu kapur ini juga memberi nilai tambah kepada Bukit Bewah. Penemuan kerangka manusia pra-sejarah berusia 16,000 tahun menjadikan Bukit Bewah sebagai geotapak bertaraf antarabangsa di samping penemuan fosil kesan tapak kaki dinosaur dan fosil tumbuhan di Gunung Gagau. Penemuan beberapa spesies flora dan fauna endemik seperti Thismia terengganuensis (flora), Kenyirus sodhii (siput) beserta penemuan artifak arkeologi seperti Batu Bersurat Terengganu menjadi komponen sumber asli penting dalam penubuhan Geopark.

PERHIMPUNAN BULANAN KE 7/2023

PERHIMPUNAN BULANAN KE 7/2023

31 Julai 2023, JMG Terengganu telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan ke 7/2023, yang telah dijayakan oleh Unit Geosains dengan kerjasama Unit Pengurusan Maklumat. Majlis ini berlangsung di Bilik Kasiterit JMG Terengganu. Antara agenda seperti berikut : ✅UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS (EN. AZMI BIN MAT ALI) ✅BACAAN DOA (EN. KHAIRUL ANUAR ZAKARIA) ✅NYANYIAN i) LAGU NEGARAKU ii) LAGU PERKHIDMATAN AWAM ✅BACAAN IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (CIK NUR MASWANIE BINTI KAMAL FASRIA) ✅TAYANGAN MONTAJ AKTIVITI BULAN JULAI 2023 ✅UCAPAN BULANAN PENGARAH JMG TERENGGANU (PN. HABIBAH BINTI TAHIR) ✅SESI SUAIKENAL KAKITANGAN BARU CIK NUR MASWANIE BINTI KAMAL FASRIA ✅UCAPAN PERPISAHAN 1. PN ALIANA BINTI ALI 2. PN ROHAZIDA BINTI AHMAD ✅PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN SPM 2022 ✅PENYAMPAIAN HADIAH PERTUKARAN ✅MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JULAI 2023 ✅TAKLIMAT GEOBENCANA TAJUK : BAHAYA TANAH RUNTUH PENCERAMAH : EN. MAZLAN BIN MOHAMAD ZAIN #jmgmalaysia #NRECC #MalaysiaMadani #MalaysiaMerdeka #Merdeka360

BENGKEL ECOTOURISM ADVISORY COMMITTEE PEMBANGUNAN PROGRAM EKOPELANCONGAN BERASASKAN KOMUNITI (CBET) BESUT, TERENGGANU.

BENGKEL ECOTOURISM ADVISORY COMMITTEE PEMBANGUNAN PROGRAM EKOPELANCONGAN BERASASKAN KOMUNITI (CBET) BESUT, TERENGGANU.

BENGKEL ECOTOURISM ADVISORY COMMITTEE PEMBANGUNAN PROGRAM EKOPELANCONGAN BERASASKAN KOMUNITI (CBET) BESUT, TERENGGANU. 13-16 JULAI 2023 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Terengganu telah dijemput untuk menyertai Bengkel Ecotourism Advisory Committee anjuran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Peranan JMG dalam bengkel ini adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan potensi geopelancongan di daerah Besut. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs Dr. Lilian Chua Timbalan Ketua Pengarah Operasi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Program ini bermatlamat untuk memperkasakan penglibatan masyarakat melalui pembangunan Projek Ekopelancongan berasaskan Komuniti /Community-based Ecotourism sebagai strategi pembangunan bagi membantu meningkatkan sosio-ekonomi khususnya kepada penduduk luar bandar di samping menyumbang kepada pemeliharaan berkekalan ekosistem semulajadi. ini adalah selaras dengan penggunaan sumber semulajadi secara bijak untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs). Ia juga menyokong kepada dasar-dasar pembangunan negara dalam konteks pengurusan alam sekitar. Program ini sangat bertepatan dengan Jabatan Mineral dan Geosains memandangkan jabatan ini juga sedang menjalankan Projek Pembangunan Geopark yang juga menitikberatkan sosio-ekonomi komuniti dengan geopelancongan

SALAM MAAL HIJRAH 1445

SALAM MAAL HIJRAH 1445

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah keadaan mereka”—Surah al-Ra’d ayat 11 Selamat menyambut kedatangan tahun baru Hijrah 1445H “Hijrah dituntut ke atas setiap umat Islam. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah. Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan” Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh kakitangan JMG Terengganu

KESKET MENCANDAT 2023

KESKET MENCANDAT 2023

Kesket Mencandat 2023 adalah salah satu program anjuran Kelab Sukan dan Kebajkan JMG Terengganu. Saban tahun bermula Bulan April hingga Julai adalah musim mencandat bagi nelayan dan pemain industri laut di Terengganu. Tahniah kepada ahli kesket yang berjaya merealisasikan Kesket Mencandat 2023, pada 6 Julai yang lalu

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JANUARI 2023

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JANUARI 2023

Laporan Ringkas Perhimpunan Bulan Januari 2023 JMG Terengganu Unit Sumber Mineral, JMG Terengganu telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulan Ogos 2022 JMG Terengganu pada jam 9.30 pagi, hari Khamis, 26 Januari 2023 di Bilik Kasiterit.

Perhimpunan diacarakan oleh En. Mohd Harun Muda dan dimulakan dengan bacaan doa yang telah dibacakan oleh En. Sayuthi Rashid. Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Perkhidmatan awam dan kemudiannya En. Zamri Ismail telah mengetuai lafaz ikrar integriti penjawat awam.

Setelah itu Pengarah JMG Terengganu telah menyampaikan pesanan dari Ibu Pejabat di dalam perutusannya. Selain itu beliau turut menggalakkan penglibatan kakitangan JMG Terengganu di dalam Sukan JMG 2023.

Perhimpunan bulanan kali ini kemudiannya diteruskan dengan sesi pengenalan diri kakitangan baharu jabatan iaitu En. Muhammad Azaharudin yang melapor diri ke Unit Lombong & Kuari pada bulan Disember 2022.

Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada peserta Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) TER Air Menderu, Kemaman dan TER Chemerong, Dungun oleh Pengarah JMG Terengganu.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi penyampaian buku kepada Perpustakaan JMG Terengganu yang diserahkan kepada KUPM, Pn. Julia Kaya. Buku bertajuk “Koleksi Titah Ucapan KDYM Sultan Terengganu Sempena Istiadat Pembukaan Penggal DUN Terengganu Tahun 1959-2022” disumbangkan oleh Pengarah JMG Terengganu yang diperoleh oleh beliau semasa hadir ke sidang pembukaan DUN Terengganu 2023.

Setelah itu, Pengarah JMG Terengganu telah menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh 2022 kepada penerima-penerima berikut:

i. En. Mohammad Amin Abd Aziz

ii. En. Zarir Zawawi

iii. En. Wan Ashri Wan Hussain

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan hari lahir kepada kakitangan yang lahir pada bulan Disember dan Januari. Puan Pengarah telah menyampaikan sumbangan peribadi beliau manakala sumbangan dari KESKET disempurnakan oleh Pengerusi KESKET. Setelah itu, Pengerusi KESKET telah memberi taklimat ringkas berkenaan Sukan JMG 2023 yang dijadualkan pada bulan Februari 2023 di FRIM Kepong. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan ringan pada pukul 11.00 pagi.

 

Credit kepada En Amin Aziz

LAPORAN PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER

LAPORAN PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER

Laporan Ringkas Perhimpunan Bulan September 2022 JMG Terengganu

 

Unit Geosains, JMG Terengganu telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulan September 2022 JMG Terengganu pada jam 9.00 pagi, hari Khamis, 22 September  2022 di Bilik Kasiterit.

Perhimpunan bulanan dipengerusikan oleh En. Muhammad Zulhanis bin Hassan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah dibacakan oleh En. Wan Mohd Khalis bin Wan Mohd Tajuddin diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri – Selamat Sultan  serta lagu Perkhidmatan awam dan seterusnya lafaz  ikrar integriti penjawat awam yang diketuai oleh Pn Salehaton binti Sulaiman.

Majlis diteruskan dengan tayangan montaj aktiviti bulan September bagi setiap Unit JMG Terengganu dan diikuti tayangan montaj Program Geoguide Aspiring Kenyir Geopark 2022 dan seterusnya ucapan bulanan Pengarah JMG Terengganu oleh Pn. Habibah binti Tahir yang telah menyampaikan pesanan dari Ibu Pejabat di dalam perutusannya. Selain itu beliau turut menekankan kepentingan saling bekerja sama dalam menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan serta sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas kepada semua  kakitangan JMG Terengganu.

Pengisian perhimpunan bulanan kali ini kemudiannya diteruskan dengan pertandingan kuiz Kahoot sempena sambutan Hari Malaysia 2022. Pertandingan kuiz tersebut telah disertai oleh dua puluh (20) kakitangan sahaja secara atas talian dan telah dimenangi oleh Pn. Noorazlina binti Abdullah, En Zaki bin Alias dan En Wan Ashri bin Wan Husain. Hadiah untuk peserta telah disampaikan oleh Pengarah JMG Terengganu.

Majlis disambung semula selepas berhenti rehat seketika dengan slot Ceramah Kesihatan yang bertajuk Pengurusan Stress Di Tempat Kerja Oleh Dr. Nurakmal binti Samsuddin, Pegawai Perubatan daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah Terengganu. Selain itu, sesi tersebut turut diisi dengan acara pameran kesihatan dan ujian minda sihat.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan sebelum majlis bersurai untuk jamuan makan tengah hari pada pukul 1.00 petang.

Secara keseluruhannya, Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2022 telah berjaya dijalankan dengan baik dan telah mencapai matlamat yang ditetapkan.

 

Kredit Pn. Salehaton Sulaiaman

PEMANTAUAN CERUN KRITIKAL DAN BERISIKO RUNTUH DAERAH DUNGUN

PEMANTAUAN CERUN KRITIKAL DAN BERISIKO RUNTUH DAERAH DUNGUN
Pegawai Geosains bersama Pembantu Geosains telah melakukan lawatan tapak bagi pemantauan cerun kritikal dan berisiko runtuh di dalam kawasan Majlis Perbandaran Dungun.
 
Terdapat dua (2) lokasi yang berpotensi kritikal dan berisiko runtuh iaitu Taman Seberang Murni, Kg. Seberang Pintasan Dungun dan Kampung Kubang Miang, Mukim Kuala Dungun.
 
Lawatan ini juga turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Dungun pada 13 Oktober 2022 Yang lalu.