“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah keadaan mereka”—Surah al-Ra’d ayat 11 Selamat menyambut kedatangan tahun baru Hijrah 1445H “Hijrah dituntut ke atas setiap umat Islam. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah. Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan” Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh kakitangan JMG Terengganu
KESKET MENCANDAT 2023
Kesket Mencandat 2023 adalah salah satu program anjuran Kelab Sukan dan Kebajkan JMG Terengganu. Saban tahun bermula Bulan April hingga Julai adalah musim mencandat bagi nelayan dan pemain industri laut di Terengganu. Tahniah kepada ahli kesket yang berjaya merealisasikan Kesket Mencandat 2023, pada 6 Julai yang lalu
PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JANUARI 2023
Laporan Ringkas Perhimpunan Bulan Januari 2023 JMG Terengganu Unit Sumber Mineral, JMG Terengganu telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulan Ogos 2022 JMG Terengganu pada jam 9.30 pagi, hari Khamis, 26 Januari 2023 di Bilik Kasiterit.
Perhimpunan diacarakan oleh En. Mohd Harun Muda dan dimulakan dengan bacaan doa yang telah dibacakan oleh En. Sayuthi Rashid. Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Perkhidmatan awam dan kemudiannya En. Zamri Ismail telah mengetuai lafaz ikrar integriti penjawat awam.
Setelah itu Pengarah JMG Terengganu telah menyampaikan pesanan dari Ibu Pejabat di dalam perutusannya. Selain itu beliau turut menggalakkan penglibatan kakitangan JMG Terengganu di dalam Sukan JMG 2023.
Perhimpunan bulanan kali ini kemudiannya diteruskan dengan sesi pengenalan diri kakitangan baharu jabatan iaitu En. Muhammad Azaharudin yang melapor diri ke Unit Lombong & Kuari pada bulan Disember 2022.
Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada peserta Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) TER Air Menderu, Kemaman dan TER Chemerong, Dungun oleh Pengarah JMG Terengganu.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi penyampaian buku kepada Perpustakaan JMG Terengganu yang diserahkan kepada KUPM, Pn. Julia Kaya. Buku bertajuk “Koleksi Titah Ucapan KDYM Sultan Terengganu Sempena Istiadat Pembukaan Penggal DUN Terengganu Tahun 1959-2022” disumbangkan oleh Pengarah JMG Terengganu yang diperoleh oleh beliau semasa hadir ke sidang pembukaan DUN Terengganu 2023.
Setelah itu, Pengarah JMG Terengganu telah menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh 2022 kepada penerima-penerima berikut:
i. En. Mohammad Amin Abd Aziz
ii. En. Zarir Zawawi
iii. En. Wan Ashri Wan Hussain
Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan hari lahir kepada kakitangan yang lahir pada bulan Disember dan Januari. Puan Pengarah telah menyampaikan sumbangan peribadi beliau manakala sumbangan dari KESKET disempurnakan oleh Pengerusi KESKET. Setelah itu, Pengerusi KESKET telah memberi taklimat ringkas berkenaan Sukan JMG 2023 yang dijadualkan pada bulan Februari 2023 di FRIM Kepong. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan ringan pada pukul 11.00 pagi.
Credit kepada En Amin Aziz
LAPORAN PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER
Laporan Ringkas Perhimpunan Bulan September 2022 JMG Terengganu
Unit Geosains, JMG Terengganu telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulan September 2022 JMG Terengganu pada jam 9.00 pagi, hari Khamis, 22 September 2022 di Bilik Kasiterit.
Perhimpunan bulanan dipengerusikan oleh En. Muhammad Zulhanis bin Hassan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah dibacakan oleh En. Wan Mohd Khalis bin Wan Mohd Tajuddin diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri – Selamat Sultan serta lagu Perkhidmatan awam dan seterusnya lafaz ikrar integriti penjawat awam yang diketuai oleh Pn Salehaton binti Sulaiman.
Majlis diteruskan dengan tayangan montaj aktiviti bulan September bagi setiap Unit JMG Terengganu dan diikuti tayangan montaj Program Geoguide Aspiring Kenyir Geopark 2022 dan seterusnya ucapan bulanan Pengarah JMG Terengganu oleh Pn. Habibah binti Tahir yang telah menyampaikan pesanan dari Ibu Pejabat di dalam perutusannya. Selain itu beliau turut menekankan kepentingan saling bekerja sama dalam menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan serta sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas kepada semua kakitangan JMG Terengganu.
Pengisian perhimpunan bulanan kali ini kemudiannya diteruskan dengan pertandingan kuiz Kahoot sempena sambutan Hari Malaysia 2022. Pertandingan kuiz tersebut telah disertai oleh dua puluh (20) kakitangan sahaja secara atas talian dan telah dimenangi oleh Pn. Noorazlina binti Abdullah, En Zaki bin Alias dan En Wan Ashri bin Wan Husain. Hadiah untuk peserta telah disampaikan oleh Pengarah JMG Terengganu.
Majlis disambung semula selepas berhenti rehat seketika dengan slot Ceramah Kesihatan yang bertajuk Pengurusan Stress Di Tempat Kerja Oleh Dr. Nurakmal binti Samsuddin, Pegawai Perubatan daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah Terengganu. Selain itu, sesi tersebut turut diisi dengan acara pameran kesihatan dan ujian minda sihat.
Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan sebelum majlis bersurai untuk jamuan makan tengah hari pada pukul 1.00 petang.
Secara keseluruhannya, Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2022 telah berjaya dijalankan dengan baik dan telah mencapai matlamat yang ditetapkan.
Kredit Pn. Salehaton Sulaiaman