Lawatan Ke Lombong Pasir, Tanjung Dua Belas , Kuala Langat bersama Wakil British Geological Survey

Lawatan Ke Lombong Pasir,  Tanjung Dua Belas , Kuala Langat bersama Wakil British Geological Survey
Cawangan Ekonomi Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah membawa tiga ahli geologi dari British Geological Survey ke sebuah lombong pengambilan pasir binaan di bawah seliaan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. di Tanjung Dua belas, Kuala Langat.
Tujuan lawatan adalah bagi meninjau bagaimana perlombongan pasir dijalankan di Malaysia.

Sesi Libat-Urus Dapatan Laporan Komprehensif Siasatan Bencana Geologi Tanah Runtuh di Farther’s Organic Farm

Sesi Libat-Urus Dapatan Laporan Komprehensif Siasatan Bencana Geologi Tanah Runtuh di Farther’s Organic Farm
Sesi Libat-Urus Dapatan Laporan Komprehensif Siasatan Bencana Geologi Tanah Runtuh di Farther’s Organic Farm (Jalan Batang Kali-Genting Highland) Daerah Hulu Selangor, Selangor kepada pakar dan jemputan dari agensi teknikal, badan profesional dan industri berkaitan.
Jemputan: NADMA, JKR Cerun, JKR Selangor, JUPEM, Agensi Nuklear Malaysia, BMG, NRECC, BOG, IGM, GSM, MyGEO

TAKLIMAT PENGENDALIAN SUMBER AIR BAWAH TANAH, LOMBONG DAN PEMANTAUAN TANAH RUNTUH

TAKLIMAT PENGENDALIAN SUMBER AIR BAWAH TANAH, LOMBONG DAN PEMANTAUAN TANAH RUNTUH

TAKLIMAT PENGENDALIAN SUMBER AIR BAWAH TANAH, LOMBONG DAN PEMANTAUAN TANAH RUNTUH daripada wakil Hydroaxys Sdn. Bhd dan In-Situ Inc. (USA) yang diadakan pada 27 Januari 2023. Taklimat ini menyentuh pengaplikasian alat/instrumen terhadap pengendalian air bawah tanah, lombong dan pemantauan tanah runtuh yang betul dan pada tahap yang terbaik. Taklimat akan disampaikan oleh Mr. Adam Hobson

SESI PERKONGSIAN DAPATAN CERAPAN DAN ANALISIS IMEJ SATELIT DARIPADA PIHAK SPACEGEN KEPADA PASUKAN TASKFORCE

SESI PERKONGSIAN DAPATAN CERAPAN DAN ANALISIS IMEJ SATELIT DARIPADA PIHAK SPACEGEN KEPADA PASUKAN TASKFORCE
SESI PERKONGSIAN DAPATAN CERAPAN DAN ANALISIS IMEJ SATELIT DARIPADA PIHAK SPACEGEN KEPADA PASUKAN TASKFORCE PEMURNIAN LAPORAN KOMPREHENSIF SIASATAN BENCANA GEOLOGI TANAH RUNTUH DI FATHERS'S ORGANIC FARM (JALAN BATANG KALI-GENTING HIGHLAND) DAERAH HULU SELANGOR, SELANGOR di Ibu Pejabat JMG PADA 26 JANUARI 2023.
Gerak kerja Kumpulan Taskforce JMG ini adalah dengan kerjasama JUPEM dan ANM.