Bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu Anjuran CTBB

Bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu Anjuran CTBB

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 15 Julai 2020. Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) telah berjaya menganjurkan sebuah bengkel, iaitu Pemotongan dan Penggilapan Batu yang diadakan di Blok F, PPM. Para peserta yang terlibat dalam bengkel tersebut adalah terdiri daripada beberapa orang kakitangan Sokongan 2.

Tujuan bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta terhadap ciri-ciri batuan, peranan CTBB dalam PPM, serta teknik pemotongan dan penggilapan batu dengan betul. Para peserta juga diberi peluang untuk merasai pengalaman memotong dan menggilap batu masing-masing menggunakan peralatan makmal yang telah disediakan.

Baca selanjutnya

Persaraan Pengarah Kanan PPM

Persaraan Pengarah Kanan PPM

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 20 Januari 2020. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah Kanan PPM, Encik Aminudin bin Mahmud yang telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam pada 17 Januari 2020 yang lalu. Di kesempatan ini, Pengarah Kanan telah menyampaikan ucapan terakhir beliau bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan yang telah diadakan pada 14 Januari 2020 bertempat di Dewan Seminar PPM.

Baca selanjutnya

PPM Telah Meraih Kejayaan Dalam MTE’20

PPM Telah Meraih Kejayaan Dalam MTE’20

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 27 Februari 2020. Sekalung tahniah diucapkan kepada PPM kerana telah berjaya merangkul 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa dalam Malaysia Technology Expo 2020 (MTE’20) yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), Kuala Lumpur pada 20 hingga 22 Februari yang lalu.

Pada tahun ini, PPM telah menghantar 3 inovasi untuk dipertandingkan dan berjaya memperoleh pingat perak bagi inovasi The Floating Farming system (SPAK) dari Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK), serta pingat gangsa bagi kedua-dua inovasi Quarry Environmental Modelling Software Version 2.0 dari Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP), dan Eco-Friendly Glass Ceramic Tile From Silicate Waste dari Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS).

Baca selanjutnya

Program Gotong Royong dan Hari Inovasi PPM 2019

Program Gotong Royong dan Hari Inovasi PPM 2019

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Ipoh – 4 Disember 2019. PPM telah mengadakan Program Gotong Royong dan Hari Inovasi PPM 2019 di mana program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan PPM, En. Aminudin bin Mahmud.

Tema pada tahun ini adalah “Inovasi Penyelidikan Harapan Malaysia”, satu Pertandingan Poster dan kuiz inovasi telah dianjurkan bersempena Hari Inovasi 2019. Hadiah-hadiah menarik turut disediakan kepada para pemenang. Selain itu, sijil penghargaan turut disampaikan kepada penyelidik-penyelidik yang telah berjaya menaikkan nama PPM dalam semua pertandingan inovasi yang telah disertai dari tahun 2012 sehingga 2019.

Syabas warga PPM!!!

Baca selanjutnya

PPM berjaya dalam Audit Pengawasan SPK MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2019

PPM berjaya dalam Audit Pengawasan SPK MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2019

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 3 Disember 2019. Sekalung tahniah buat PPM-JMG kerana sekali lagi melakar kejayaan dalam Audit Pengawasan SPK MS ISO 9001:2015 yang telah diadakan pada 2 hingga 3 Disember 2019 oleh Ketua Auditor SIRIM QAS, Puan Meena Regawan.

Berdasarkan laporan daripada Audit Pengawasan, PPM hanya menerima dua teguran verbal sahaja dan tiada laporan ketidakpatuhan (NCR) dan pemerhatian (observation). Selain itu juga, PPM telah mendapat pujian pada tahap sangat bagus bagi Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP), audit dalaman (internal audit) dan kepuasan pelanggan (customer satisfaction).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan ISO PPM serta semua warga PPM kerana telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam audit pengawasan pada tahun ini. Semoga PPM dapat memberikan kejayaan yang lebih cemerlang untuk audit pengawasan pada tahun hadapan.

Baca selanjutnya