PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, IPOH (21 SEPTEMBER 2018): Pada 21hb September 2018, Menteri Besar Terengganu, YAB. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar dan rombongannya seramai 10 orang telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan Mineral(PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia(JMG).
Rombongan tersebut disambut oleh kakitangan JMG yang diketuai oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG, Pengarah Kanan PPM, Hj. Md Muzayin bin Alimon dan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal(BPT) Dato’ Mohd Zaim bin Abdul Wahab. Pegawai-pegawai lain yang turut serta semasa ketibaan YAB Menteri Besar adalah pengarah JMG Negeri Perak, pegawai-pegawai penyelidik dan pegawai geosains.