FIT MALAYSIA 2018 #FITNEGERISEMBILAN

FIT MALAYSIA 2018 #FITNEGERISEMBILAN

Port Dickson, 11 Februari 2018 – Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Rainbow Jersey Events sekali lagi bekerjasama menjayakan Fit Malaysia 2018 bertempat di Pantai Batu 1, Port Dickson. #fitnegerisembilan kali ini mempertaruhkan dua kategori iaitu 5km Fun Run & 10km Terbuka Lelaki & Perempuan dan 10km & 30km Fun Ride. Tiada sebarang bayaran dikenakan bagi setiap penyertaan malah peserta yang menghabiskan larian atau aktiviti berbasikal turut menerima snek makanan, medal dan cabutan nombor bertuah.

Acara dimulakan seawal jam 7:30 pagi yang turut disertai dengan aktiviti senaman zumba. JMGNSM diwakili oleh dua orang riders iaitu Encik Jefri Bin Mohamad dan Encik Zulkefly Bin Ahmad yang mana masing-masing menyertai kategori 30km Fun Ride.

Penganjur turut memaklumkan walaupun setiap tindakan pencegahan dan langkah berjaga-jaga telah diambil oleh pihak penganjur untuk memastikan keselamatan peserta, para peserta berlari dan berkayuh di atas risiko sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau kematian walau apa pun yang timbul semasa penyertaan dalam acara tersebut. Keselamatan dan kesejahteraan peserta berlari dan berkayuh adalah tanggungjawab sendiri. Peserta berlari dan berkayuh juga dinasihatkan sentiasa berlari atau berkayuh dalam kebolehan dan kemampuan anda sendiri.

Acara kayuhan 30km tamat pada jam 9 pagi.

Written by : NORLIZA BINTI AZMAN