GOTONG-ROYONG YANG PERTAMA JMG SABAH BAGI TAHUN 2021

GOTONG-ROYONG YANG PERTAMA JMG SABAH BAGI TAHUN 2021

KOTA KINABALU, SABAH (12 MAC 2021): JUMAAT, Warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG Sabah) telah mengadakan gotong-royong yang pertama bagi tahun 2021.

Gotong-royong membersihkan kawasan pejabat ini diketuai oleh En. Mazuan selaku Pengerusi Jawatankuasa Keceriaan dan Keindahan Pejabat. Juga disokong oleh pihak pengurusan tertinggi JMG Sabah.

Tujuan gotong-royong ini adalah bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama warga JMG Sabah selain memupuk semangat kerjasama dan berpasukan. Antara lokasi yang dibuat pembersihan adalah di kawasan di mana terdapat tumbuh-tumbuhan seperti rumput yang panjang perlu di tebas. Membersihkan semua longkang kecil di sekitar pejabat, menyapu sampah daun-daun kering. Selain itu juga, beberapa kakitangan membersihkan kawasan dalam pejabat.

Semua pegawai atasan juga turut serta dalam gotong royong pada kali ini. Sokongan padu daripada mereka juga amat diperlukan dalam menjayakan gotong-royong pada kali ini.

 

Sumber foto : En. Webster Wong dan En. Abdul Arif bin Tahar

Sumber maklumat dan penulisan : Penulis

 

Written by : Suriani Ramlee