25 Januari 2019 – Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Terengganu (JMGTGG) dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan (KESKET) telah menganjurkan Hari Keluarga 2019 bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Kuala Besut.
Antara tujuan utama diadakan program ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan Jabatan dan berkenalan dengan ahli keluarga kakitangan yang hadir pada program Hari Keluarga ini. Pada sebelah malam, majlis bermula dengan ucapan dari En. Zarir Bin Zawawi, selaku Pengerusi hari keluarga KESKET 2019 dan diteruskan oleh Tuan Wan Saifulbahri Bin Wan Mohammad, Pengarah JMG Terenggan. Aktiviti seterusnya adalah acara cabutan bertuah dan karaoke. Tahniah kepada pemenang-pemenang.
Pada sebelah pagi, 26 Januari, Majlis dimulakan dengan acara senamrobik dan sesi bergambar. Aktiviti sterusnya adalah acara sukaneka iaitu melibatkan permainan bagi kategori kanak-kanak, dewasa dan pasangan. Majlis kemudian diteruskan dengan pemberian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan pada sebelah pagi dan disusuli dengan aktiviti bebas sebelum beredar pulang. Tahniah diucapkan di atas penganjuran aktiviti seperti ini dan semoga dapat diteruskan pada masa akan datang.