HARI KELUARGA JMG KELANTAN
Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan (KESKEL) telah menganjurkan program Hari Keluarga JMG Kelantan 2024 pada 8 & 9 Mac 2024 bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Terengganu.
Perasmian Hari Keluarga diadakan di Dewan Tanjung Demong dan dirasmikan oleh En. Nurzaidi bin Abdullah (Timbalan Pengarah Sumber Mineral dan Geosains Kelantan). Majlis makan malam dimeriahkan dengan cabutan bertuah kepada semua kakitangan JMG Kelantan yang hadir.
Pada 9 Mac 2024, program Hari Keluarga diteruskan dengan acara sukaneka bagi semua kakitangan JMG serta ahli keluarga dan berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.
Terima kasih kepada semua kakitangan JMG Kelantan dan seluruh ahli keluarga kerana menghadiri Hari Keluarga JMG Kelantan 2024, semoga silaturahim antara semua kakitangan terjalin sehingga akhir hayat.