ALOR SETAR, 15 Ogos - Majlis Jamuan Aidilfitri 2014 peringkat JMGKPP di sini diadakan secara sederhana namun meriah.
Majlis yang dihadiri para staf jabatan yang lengkap berpakaian raya disediakan aneka juadah antaranya ketupat, lemang, nasi himpit, sate, lontong dan laksa.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah (Geosains), Encik Badrol bin Mohamad dalam ucapan alu-aluannya mengajak para staf supaya mengenang perjuangan dan penderitaan rakyat Gaza yang sedang diserang Zionis walaupun dalam bulan Syawal.
Majlis dimeriahkan lagi dengan deklamasi sajak bertajuk "Derita Gaza" oleh Puan Hafzhoh bt Abdul Rahman dalam perhimpunan bulanan jabatan sebelum jamuan tersebut.