KANGAR, 29 November 2017 - Pengarah JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang, Tuan Haji Azhari Bin Ahmad telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Indera Kayangan di Kompleks DUN Perlis.
Beliau yang diiringi pegawai-pegawai kanan JMG KPP disambut mesra oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Ahmad Zamri Bin Khairuddin.
Selain memperkenalkan fungsi dan peranan JMG, turut dibincangkan ialah usahasama yang boleh dilaksanakan dari aspek pembangunan mineral dan geosains di negeri Perlis.