JMG PAHANG - NAS SERVER

Pihak Pengarah Penyelarasan dan Perlaksanaan Operasi (PPO) telah menekankan keperluan bagi setiap pejabat cawangan JMG untuk menyediakan satu platform khas dimana semua data digital yang dihasilkan dari tugasan rasmi dapat dikumpulkan setempat. Tujuan utama langkah ini adalah untuk mengelak risiko kehilangan data serta memudahkan akses kepada data.

Masalah kehilangan data didapati berlaku apabila data-data ditempatkan di satu peranti storan sahaja dan dibawah simpanan individu. Storan yang dimaksudkan ialah samada komputer, laptop atau hard disk. Apabila berlaku masalah kepada storan ini atau pegawai bertukar, kesukaran untuk membuat rujukan akan berlaku kerana data sudah tiada dalam simpanan. Penempatan data digital juga kebiasaannya hanya pada individu tertentu sahaja. Ini menjadikan akses kepada data tersebut terhad.   Senario sebegini sudah tentu memberikan impak negatif kepada fungsi jabatan. 

Untuk mengatasi masalah tersebut, Unit Pengurusan Maklumat JMG Pahang yang diketuai oleh En. Afandi Muda telah mengambil inisiatif mewujudkan kemudahan storan dalam talian yang dikenali JMG - Nas Server. Usaha ini telah bermula pada tahun . Server tersebut boleh diakses samada melalui talian internet jabatan atau luar melalui alamat masing-masing. Akses kepada server melalui talian internet jabatan dapat dicapai melalui alamat http://10.96.84.19:5000/webman/index.cgi manakala jika menggunakan talian internet luar alamatnya ialahhttp://jmgphg.dlinkddns.com:5000/webman/index.cgi

Setiap kakitangan diberikan folder khas yang mempunyai kapasiti storan yang tertentu. Untuk mendapatkan data,  data tersebut hanya disimpan oleh individu tertentu sahaja. Satu taklimat khas telah diberikan oleh En. Afandi Muda pada 4 hb April 2013 di JMG Pahang bagi memberikan penerangan mengenai perkara ini. Penjelasan secara terperinci telah diberikan dari segi struktur server, akses, kaedah untuk muat naik dan muat turun data. Setiap pengguna server dikehendaki menetapkan kata laluan dan kata kunci masing-masing. Peringatan juga diberikan agar penggunaan server dilakukan secara berhemah. Hanya data-data berkaitan tugasan jabatan sahaja yang dibenarkan dimuatnaik ke server. Diharap semua kakitangan JMG Pahang dapat menggunakan kemudahan ini sebaik mungkin bagi faedah bersama. 

 
 
 

Written by : zaki_alias