JMG SERTAI MAJLIS MESRA AIDILFITRI KETSA DI SIK

JMG SERTAI MAJLIS MESRA AIDILFITRI KETSA DI SIK

SIK, 30 Mei 2022 - JMG Malaysia melalui JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang telah berpeluang membuka gerai menyediakan juadah lemang dan nasi impit dalam Majlis Mesra Aidilfitri KETSA bersempena Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia Peringkat Zon Utara.

Program itu bertujuan mendekatkan warga KETSA, khususnya agensi-agensi di bawah kementerian itu dengan masyarakat.

Selain menyediakan juadah kepada lebih 3,000 hadirin, ruang pameran JMG turut dibuka bagi menyediakan maklumat dan peluang yang boleh digarap oleh penduduk tempatan dari pembangunan dan aktiviti yang dijalankan oleh JMG, antaranya ialah dari pembangunan Jerai Geopark.

Turut terlibat dalam pameran JMG ialah penglibatan komuniti geopark dalam mempromosi produk-produk tempatan dan juga geopelancongan di Jerai Geopark oleh malim geopark / 'geoguide'.

 

Written by : afif