SONGKHLA, 17 Januari - Program Lawatan Sambil Belajar (LASBELA) ke Songkhla tiba di kemuncaknya dalam sesi fotografi dan aktiviti riadah di Pantai Samila BP Resort, Songkhla, Thailand di sini. Program LASBELA ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG KPP (KASKEK) dan disertai oleh 10 orang kakitangan bersama ahli keluarga masing-masing.
Objektif utama program ini ialah untuk mengeratkan siraturrahim antara keluarga kakitangan JMG KPP serta memberi peluang kepada ahli kelab menimba pengalaman bersama ahli keluarga masing-masing melalui aktiviti yang dirancang.
Program Konvoi LASBELA adalah sebanyak 9 buah kenderaan bermula seawal 8.00 pagi dari pejabat sebelum singgah di Changloon, Kedah untuk minum pagi dan urusan tukaran matawang asing (bath). Konvoi LASBELA mula memasuki pintu masuk Bukit Kayu Hitam pada jam 11.00 pagi untuk urusan dengan pihak Imigresen dan keselamatan sebelum meneruskan perjalanan pada jam 1.00 petang. Konvoi LASBELA tiba di Songkhla pada jam 4.00 petang waktu Malaysia.
Acara diteruskan dengan acara makan malam bersama keluarga di restoran berhampiran dengan dimeriahkan pelbagai karenah dan gelagat ahli keluarga kelab yang hadir. Peserta dihidangkan dengan pelbagai juadah asli masakan Siam. Pada sebelah malamnya juga mereka berpeluang meninjau aktiviti-aktiviti dan gerai-gerai yang dibuka sepanjang Pantai Songkhla.
Keesokan harinya bertarikh 25/1/2013, ahli kelab bertolak pulang pada jam 9.00 pagi dari hotel dengan menaiki feri dari Songkhla ke Sathing Mo sebelum melalui Ko Yo dan Haadyai. Program lawatan berakhir di Haadyai di mana ahli kelab berpeluang melihat kesibukan Bandar Haadyai disamping membeli buah tangan balik setibanya di Malaysia. Semoga program ini diteruskan pada masa akan datang dan penghargaan kepada urusetia yang menjayakan program ini.